Carian
Berjaya Food Trading Memperluaskan Portfolio Produk Makanan Dan Minuman Menerusi Pengenalan STAR KOMBUCHA Di Malaysia
November 27, 2023 Lina Rosli

Selepas memperkenalkan Joybean Soymilk, KELAVA, minuman Madu Manuka Australian dan banyak lagi, kini anak syarikat Berjaya Food Berhad iaitu Berjaya Food Trading Sdn Bhd telah membawa masuk minuman kombucha yang berasal dari Vietnam ke pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, STAR KOMBUCHA merupakan jenama bagi minuman teh yang ditapai – minuman yang terhasil mengandungi cuka, vitamin B, dan beberapa sebatian kimia lain. Kebaikan pengambilan kombucha adalah menawarkan khasiat yang lebih daripada sekadar minuman seperti berfungsi sebagai agen anti-oksidan, menguruskan sistem pencernaan, serta menyokong sistem imun dan pengurusan berat badan.

Untuk pengetahuan anda, STAR KOMBUCHA dibancuh menggunakan kemudahan terkini. Teh ini dihasilkan menggunakan teh hitam dan hijau organik, tebu mentah, buah-buahan segar dan SCOBY – iaitu kultur simbiotik bakteria dan yis.

Malah, untuk menjadikan minuman ini mudah untuk dikonsum oleh orang ramai, mereka menampilkan pelbagai pilihan perisa yang direka dengan mempersembahkan pilihan perisa yang direka dengan teliti untuk menarik minat citarasa Malaysia, termasuk Blueberry, Mango, Passionfruit dan Lychee.

Selari dengan keperluan pasaran makanan pada masa kini yang mementingkan kualiti penyediaan produk termasuk kebersihan dan kebaikan bahan yang digunakan, STAR KOMBUCHA turut telah diiktiraf oleh JAKIM dan telah memperoleh sijil halal bagi minuman teh mereka.

Bagi anda yang berminat, produk STAR KOMBUCHA ini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai serbaneka utama di seluruh negara seperti AEON, AEON BiG, AEON MaxValue, B.I.G, Emart24, ISETAN, Kenny Rogers ROASTERS, Pandamart, Paris Baguette, 7-Eleven, Starbucks, Village Grocer dan banyak lagi – pada harga RM8.90 ataupun RM9.90 untuk setiap satu tin.

Komen