KL International Beauty Week (KLIBW) 2023 yang dianjurkan oleh LazBeauty by Lazada dan Tourism Malaysia telah membawakan barisan produk kecantikan yang terbaik kepada hampir 18,000 peminat kecantikan, pencipta kandungan, wakil media kecantikan dan gaya hidup.
Terdapat lebih 150 jenama antarabangsa dan tempatan yang ditampilkan sepanjang acara dua hari tersebut di Mid Valley Exhibition Center (MVEC). Malah, acara ini turut menawarkan pengalaman O2O (online to offline), dan juga secara atas talian melalui LazBeauty di aplikasi Lazada.
Untuk pengetahuan anda, anjuran acara istimewa ini bertujuan untuk membawa bersama-sama komuniti peminat kecantikan dan memperkasakan orang ramai untuk merangkul kecantikan dan gaya unik tersendiri dengan tersedianya inspirasi kecantikan, aktiviti interaktif, dan barisan produk pilihan LazBeauty.
Di Lazada, mereka sedang merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian bagi peminat kecantikan dengan menggunakan alat-alat dan ciri-diri dalam aplikasi yang dikuasakan oleh artificial intelligence (AI) dan realiti tambahan (AR) seperti My Beauty Profile, Skin Test dan Virtual Try-On.
Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mencari produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit dan kebimbangan mereka. Lazada juga menawarkan pilihan Try & Buy yang membolehkan pengguna untuk mencuba produk dalam saiz sampel sebelum membeli saiz penuh.
Menurut Lazada, di sepanjang KLIBW 2023 berlangsung, pelbagai jenama kosmetik dan kecantikan mengalami peningkatan jualan yang ketara sehingga 2 kali ganda sepanjang acara tersebut. Terdapat lebih banyak jenama yang mencatatkan peningkatan dalam saiz bakul serta keterlihatan jenama yang lebih besar dan kadar penglibatan yang lebih tinggi.
Antara jenama yang terlibat seperti; Beauty of Joseon, Kate Tokyo, Hada Labo, Allie & Suisai, Clef Skincare, Mikaseries, Laifen Beauty, The Colorist, Lavojoy, Cosmoderm, YOU Beauty, Emina Cosmetics, Handmade Heroes dan banyak lagi.
Bagi peminat kecantikan yang terlepas peluang untuk menghadiri acara KLIBW, anda boleh melayari LazBeauty untuk menemui inspirasi kecantikan, produk penjagaan kulit dan kosmetik mewah yang diidamkan, dan produk kecantikan mampu milik daripada pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan yang semuanya tersedia dengan mudah di aplikasi Lazada.