Tahukah anda apa itu makanan ultra proses? Bagi yang tidak mengetahui, makanan ultra proses merupakan makanan yang melalui proses penambahan bahan penambah rasa atau food additives.
Secara umumnya, makanan ultra-proses dihasilkan dengan bahan-bahan terbitan industri dan sering menggunakan bahan tambahan makanan untuk menyesuaikan warna, rasa, konsistensi, tekstur, ataupun bahan yang juga bolej memanjangkan jangka hayat.
Antara contoh makanan ultra-proses adalah makanan sedia untuk dimakan seperti nuget, sosej, kentang goreng, piza sejuk beku, biskut yang dibeli di kedai, kek, gula-gula, donat, ais krim dan banyak lagi.

Selain itu juga, makanan ultra-proses di sini juga merujuk kepada makanan yang biasanya diformulasikan daripada bahan seperti garam, gula, minyak dan lemak serta bahan makanan yang digunakan untuk memenuhi kualiti deria.
Dan salah satu makanan ultra proses yang popular dalam kalangan individu adalah sosej. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua, sosej sering disajikan di dalam hidangan harian individu sama ada di sebagai pastri mahupun hidangan utama.
Keburukan Pengambilan Sosej Secara Kerap
Tidak dinafikan bahawa ramai sudah sedia maklum bahawa sosej boleh menyebabkan pelbagai risiko masalah kesihatan jika diambil dengan kadar yang banyak. Ini kerana sosej mempunyai kandungan garam, lemak tepu dan kolesterol yang tinggi – sekaligus boleh meyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesity, darah tinggi dan juga penyakit jantung.
Selain daripada itu, sosej dan makanan proses yang lain juga mengandungi nitrate yang dikaitkan dengan penyebab kanser seperti kanser payu-dara dan kanser usus.
Untuk pengetahuan anda, nitrate ialah sejenis bahan pengawet yang ditambahkan ke dalam sosej. Ia akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitroso apabila melalui proses penghadaman – dan ia adalah bahan kompaun yang meyebabkan kanser berlaku.

Menurut penyelidikan dari The European journal of cancer, setiap 9g pengambilan daging proses dalam sehari iaitu bersamaan dengan dua batang sosej boleh meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 21% – jika diambil secara kerap.
Harus diingatkan bahawa makanan proses di sini bukan hanya sosej, ia merangkumi segala makanan dalam tin seperti ikan tuna, sardin, makanan sejuk beku, ikan masin, ikan bilis, buah-buahan dan sayur-sayuran jeruk dan kesemua makanan yang telah diproses sebelum dihidangkan.