Carian
Jotun Mengumumkan 10 Rona Baharu Untuk Koleksi Warna Global 2024
November 29, 2023 Lina Rosli

Bergerak ke tahun 2024, kini Jotun telahpun mengumumkan 23 warna bagi Koleksi Warna Global 2024 yang disediakan dalam rangkaian produk cat Majestic Sense. Palet ini merangkumi 10 rona baharu yang dirumus secara khas pada tahun ini

Dari pakaian hingga ke kediaman rumah, warna-warna ini boleh digunakan bagi menterjemahkan idea dan emosi kita kepada satu bentuk penzahiran visual. Setiap warna ini merangkapkan kombinasi warna serta penjajaran rona yang menarik sekaligus mencetuskan pesona yang tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun, Larsen dan pakar-pakar warna daripada tenaga penyelidikan antarabangsa Jotun akan meneliti masyarakat di serata dunia. Merujuk trend dan arus budaya yang baharu, Jotun menterjemahkannya kepada palet warna yang menepati gaya hidup moden.

Sebagai jawapan kepada trend global yang berpaksikan warna-warna yang mendamaikan, palet 2024 oleh Jotun mencakupi sebuah spektrum warna hijau yang berunsur alam semula jadi, di samping warna-warna biru dan kelabu lembut yang menyuluh rona-rona keheningan langit dan laut. Warna perang serta kuning air juga mendekatkan lagi kita dengan bumi, manakala rona-rona kuning dan emas memberi secubit keceriaan dalam suasana yang didiami.

Berikut adalah warna-warna Jotun untuk tahun 2024:

  • 1376 Mist – putih kelabu yang suam
  • 12075 Soothing Beige – rona kuning air yang lembut
  • 12290 Antwerp Beige – kuning air halus lembut* (warna baharu)
  • 12291 Soft Brown – perang keemasan yang lembut* (warna baharu)
  • 1632 Rock Sugar – rona perang keemasan
  • 9925 Fahm – kelabu neutral yang nyaman
  • 12078 Comfort Grey – kelabu yang halus lembut
  • 12077 Sheer Grey – rona kelabu kuning air yang ringan
  • 5081 Silver Moon – rona kelabu biru yang nyaman
  • 4947 True Blue – rona biru yang menyegarkan* (warna baharu)
  • 9918 Classic White – putih neutral
  • 20218 Healing Lavender – rona ungu lembut* (warna baharu)
  • 2300 Deep Soil – perang merah yang lembut
  • 2224 Indi Pink – rona merah jambu berunsur emas* (warna baharu)
  • 20217 Muted Coral – rona merjan keemasan* (warna baharu)
  • 1622 Reflection – putih kelabu yang suam
  • 1775 Fresh Pasta – rona kuning pastel
  • 7386 Pistachio – hijau kekuningan yang menyegarkan* (warna baharu)
  • 7685 Subtle Green – hijau halus lembut* (warna baharu)
  • 7686 Mindful Green – hijau lembut* (warna baharu)
  • 8583 Earthy Yellow – rona kuning lembut* (warna baharu)
  • 0288 Mexico – kuning kehijauan
  • 8493 Green Tea – hijau keemasan

Mengenai cat yang diperkenalkan Jotun, Majestic Sense, ia merupakan warna interior bertaraf premium yang membekalkan suasana yang sihat dan menyenangkan untuk didiami.

Dirumus khas dengan Teknologi Udara Bersih untuk mengawal kualiti udara di dalam bangunan, cat jenis ini tiada bau yang kurang menyenangkan serta menyempurnakan permukaan dinding anda dengan kemasan serba mewah serta daya tahan yang berpanjangan. 

Komen