Sempena ulang tahun ke-60 Zoo Negara pada tahun ini, HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, memberi sumbangan sebanyak RM100,000 dan pada masa yang sama melancarkan edisi kedua wafer syiling emas 999.9 “HABIB x Zoo Negara”.
Untuk pengetahuan anda, kolaborasi ini meraikan komitmen lama HABIB dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya dan membantu dalam peranan Zoo Negara untuk pemuliharaan dan pendidikan.
Koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 ialah edisi terhad wafer syiling emas 999.9 yang diilhamkan daripada waktu fajar di habitat hidupan liar, menunjukkan cara haiwan memulakan hari serta permulaan yang baharu untuk Zoo Negara.
Wafer syiling emas 999.9 edisi terhad ini datang dalam enam reka bentuk yang berbeza diinspirasikan oleh haiwan ikonik yang terdapat di zoo, iaitu harimau Bengal putih (white bengal tiger), panda gergasi (giant panda), burung pegar emas (golden pheasant), singa Afrika (african lion), zirafah (giraffe) dan raja cheetah (king cheetah).
Wafer syiling emas 999.9 ini bukan sahaja sesuai untuk dikumpul sebagai koleksi dan dijadikan sebagai pemberian hadiah, malah ia juga dapat memupuk minat pelaburan emas, terutamanya untuk kanak-kanak yang baru mula membiasakan diri untuk menyimpan wang sambil belajar menghargai emas dan nilainya.
Bagi yang berminat, koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 kini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB. Pembelian atas talian juga disediakan di platform TikTok, Shopee, Lazada dan Zalora. Layari laman rasmi HABIB di www.habibjewels.com untuk maklumat lanjut.