Love, Bonito Buka Butik Mercu Pertama Di The Exchange TRX
Lina Rosli
Jenama fesyen Love, Bonito kini membuka butik mercu sulungnya di Malaysia yang terletak di dalam hab gaya hidup mewah The Exchange TRX.
Di butik ini, Love, Bonito menawarkan ruang runcit premium seluas 6,000 kaki persegi yang menampilkan pelbagai ruang dan teknologi terbaharu.

Dilengkapi dengan ciri yang tiada tandingannya, pembeli kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang sihat dengan pengenalan sistem beratur elektronik, ruang istirahat dan bilik pemasangan modular.
Malah, pelanggan boleh menantikan pratonton eksklusif pelancaran koleksi, bengkel penggayaan dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, Love, Bonito merupakan jenama fesyen pertama yang memperkenalkan sistem beratur elektronik. Menerusinya, pelanggan kini boleh terus melayari produk di kedai sementara menunggu giliran ke fitting room tanpa perlu beratur panjang.
Sekiranya anda ingin berkunjung ke butik mercu Love, Bonito ini, ia terletak di aras 1 L1.29 & L1.29A pusat membeli-belah di Tun Razak Exchange (TRX).