Carian
SCENTIFY by ENCHANTEUR Diiktiraf Malaysia Book Of Records Berjaya Menggosok 10,700 Helai Baju Dalam Tempoh 24 Jam
November 30, 2023 Lina Rosli

Baru-baru ini, SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia telah mengadakan sebuah acara maraton menggosok pakaian di MYDIN Hypermarket USJ.

Dengan bantuan ironers seramai 80 orang, acara ini merekodkan jumlah baju yang telah digosok sebanyak 10,700 helai pakaian dalam masa 24 jam. Maraton 24 jam yang bermula pada 29
November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan mengosok dengan mudah dan pantas.

Untuk pengetahuan anda, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama.

Selain itu SCENTIFY turut memperkenalkan rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Car yang mana ia dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi bakteria tetapi juga untuk menghilangkan bau kurang enak.

SCENTIFY hadir dengan 3 pilihan wangian iaitu Sparkling Fruity, Floral Symphony dan Magical Clouds. Untuk mendapatkanya, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) dijual pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia dan RM10.00 untuk anda yang berada di Sabah dan Sarawak.

Sementara rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pula berharga RM9.90 di Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak.

Komen