Carian
Jenama Barangan Mewah Dari Singapura, Anothersole Kini Dibuka Di Seibu The Exchange TRX
December 6, 2023 Lina Rosli

Pasaran barangan mewah sedang mengalami ‘kebangkitan’ yang dipimpin oleh golongan muda. Menurut laporan True-Luxury Global Consumer Insight 2023 oleh BCG dan The Altagamma Foundation, golongan Millennial dan Gen Z dijangka akan menyumbang 75% daripada pembelian barangan mewah menjelang tahun 2026.

Oleh yang demikian, gedung serbaneka mewah yang pertama dan terbesar di Malaysia, Seibu, The Exchange TRX, mengalu-alukan pelbagai jenama tersohor ke landskap barangan mewah Malaysia, termasuklah Anothersole dari Singapura.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan penampilan pertama Anothersole di Malaysia. Disebabkan itu, jenama ini sedang berusaha mengukir kedudukan unik dalam dunia barangan mewah dengan menawarkan barisan produk yang klasik, canggih dan bermutu tinggi.

Di Singapura, Anothersole sudah menjadi keperluan harian bagi warga profesional yang moden dan arif, yang sentiasa mengharungi kesibukan kota. Sudahpun diperluaskan ke 50 buah negara selepas Singapura, jualan kasut bagi Anothersole telah melebihi 200,000 pasang sejak ditubuhkan pada 2016.

Anothersole merupakan sebuah jenama kasut dan beg yang mementingkan kualiti dan reka bentuk. Contohnya, produk signatur mereka — termasuk kasut kulit ‘flat’ bertali Anytime dan Beg Mini ANEW — tersedia dalam pelbagai gaya dan warna sebagai gandingan sempurna dengan mana-mana busana atau majlis.

Satu lagi ciri keunikan Anothersole terletak pada dedikasi jenama untuk menyatukan gaya dengan kelestarian. Fokus mereka untuk menjadi jenama gaya hidup yang bertanggungjawab dari segi sosial dicerminkan dalam segala aspek syarikat.

Contohnya, rangkaian produk Anothersole menggunakan kulit diperoleh daripada kilang kulit yang diiktiraf dan bertanggungjawab, serta polietilena tetrafit (rPET) yang dikitar dan digunakan semula. Selain itu, alas kasutnya yang ergonomik, mesra bumi, dan baru dipertingkatkan turut menggunakan etilena vinil asetat (EVA) yang berasaskan bio.

Selain itu, usaha jenama itu melangkaui aspek inovasi produk. Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk “Make Good, Do Good”, ia turut terlibat dalam pelbagai inisiatif sosial. Ini termasuk program #Buy1Feed1 mereka akan menyalurkan 10% daripada keuntungan kepada pertubuhan-pertubuhan amal kanak-kanak yang dipilih secara teliti di seluruh dunia.

Sebelum ini, Anothersole juga menjalinkan kerjasama dengan World Vision di Vietnam, Kemboja dan Bangladesh bagi menaja program-program yang direka untuk memutuskan kitaran kemiskinan dengan menyokong keperluan nutrisi dan pendidikan kanak-kanak.

Anothersole bertekad menjadi jenama gaya hidup mewah pilihan Malaysia dan bakal melancarkan keluaran baharu dalam masa terdekat. Selain itu, jenama itu juga menganjurkan promosi ulang tahunnya, dengan tawaran BOGO (DISKAUN 40% untuk Item Kedua) mulai sekarang hingga 31 Disember 2023.

Untuk mengetahui tentang tawaran ini dan maklumat lanjut, layari laman Anothersole di pautan https://intl.anothersole.com/pages/kl-store.

Komen