Carian
LUNA Jewellery Dibuka Di Suria KLCC, Produk Baharu Di Bawah Jenama NH Prima Iaitu Syarikat Induk Naelofar Hijab
December 4, 2023 Lina Rosli

Berdiri naungan syarikat induk Naelofar Hijab iaitu NH Prima International Sdn Bhd yang telah wujud sejak 2014, kini Luna Jewellery menjadi jenama aksesori wanita pertama yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Untuk pengetahuan anda, LUNA merupakan jenama barang kemas gaya hidup yang memfokuskan kepada penawaran produk yang bergaya dan boleh disesuaikan mengikut acara harian – selain tidak akan membebankan dompet penggemar aksesori hiasan.

Tambah LUNA juga, mereka menampilkan pilihan aksesori yang pelbagai – bermula dari aksesori tangan seperti cincin dan gelang, sehingga ke aksesori di kepala seperti anting-anting, rantai dan banyak lagi.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi barang perhiasan diri yang bergaya, kedai pertama Luna Jewellery ini dibuka di Suria KLCC di aras 2 yang terletak di Lot 203B.

Bersama-sama dengan pelancaran produk terbaharu Naelofar, syarikat ini turut meraikan satu lagi kejayaan mereka dengan pembukaan kedai ke-9 pada tahun ke-9 di Pusat Beli-belah Nu Sentral.

Komen