Ini Senarai Destinasi Yang Boleh Diterokai Rakyat Malaysia Pada 2024
Lina Rosli
Menghampiri penghujung tahun 2023, pastinya sudah ramai dalam kalangan anda yang mula merancang percutian sama ada secara individu ataupun bersama keluarga. Pastinya akan ada yang mencari lokasi percutian di pantai yang indah, ada juga yang ingin menikmati kesegaran puncak bukit yang dingin dan nyaman, ataupun melewati percutian yang serba moden di kota raya yang meriah.
Oleh itu, bagi membantu anda mendapatkan percutian yang diidamkan, platform perjalanan digital Agoda mendedahkan destinasi yang dinantikan dengan penuh keterujaan yang akan menawan hati rakyat Malaysia.
Dari tempat-tempat menarik antarabangsa hingga permata domestik, terokai pilihan utama yang membuatkan rakyat Malaysia mengira detik hari untuk pengembaraan seterusnya.

Pada tahun 2024, Taipei mendahului sebagai destinasi utama bagi pelancong Malaysia – sebelum ini, negara ini berada di kedudukan keempat pada tahun 2023. Dikenali dengan pasar jalanan yang meriah, kekayaan budaya, dan Taipei 101 yang ikonik, bandar ini menawarkan gabungan tradisi dan kemodenan yang harmoni.
Selain Taipei, Tokyo juga turut menjadi destinasi kedua yang paling diminati untuk tahun 2024. Bandar ini mencerminkan perubahan pilihan yang berkembang dan daya tarikan yang menarik bagi pengembara Malaysia.
Pilihan perjalanan antarabangsa tahun depan menekankan lagi populariti Thailand yang berterusan dalami kalangan pelancong Malaysia. Lanskap bandar yang sibuk di Bangkok (#3) dan Hat Yai yang menawan (#4) telah mengekalkan kedudukan mereka antara pilihan teratas rakyat Malaysia.

Sementara itu, Seoul (#5) mendapat tempat yang menonjol dalam senarai destinasi utama, mendahului Singapura dan mengukuhkan statusnya sebagai destinasi utama bagi pelancong Malaysia pada tahun 2024.
Destinasi popular untuk perjalanan domestik pada tahun 2024
| Destinasi Domestik Utama pada Tahun 2023 | Destinasi Domestik Utama pada Tahun 2024 |
| Kuala Lumpur | Kuala Lumpur |
| Johor Bahru | Pulau Pinang |
| Pulau Pinang | Kota Kinabalu |
| Melaka | Johor Bahru |
| Kota Kinabalu | Langkawi |
Mengalihkan tumpuan kepada nikmat tempatan, rakyat Malaysia sangat menantikan pengembaraan domestik yang mana Kuala Lumpur mendahului senarai destinasi utama di tempat pertama. Gabungan dinamik budaya, inovasi, dan kepelbagaian di hab kosmopolitan ini memastikan pengalaman yang sentiasa segar, menjadikan Kuala Lumpur kegemaran abadi dalam kalangan pelancong Malaysia.
Berikutnya adalah lokasi syurga makanan bagi rakyat Malaysia iaitu Pulau Pinang. Bandar ini menggabungkan daya tarikan sejarah dengan adegan kafe yang berkembang pesat. Di tambah lagi dengan kedai gaya hidup yang berada di merata tempat, ia sekaligus menambah sentuhan moden kepada pesona tradisional Pulau Pinang.

Destinasi yang kaya dengan alam semula jadi juga menjadi tumpuan utama iaitu Kota Kinabalu (#3) dan Langkawi (#5). Sementara Johor Bahru, turut tidak terkecuali di dalam senarai yang mana destinasi ini menduduki tempat keempat di antara lima destinasi domestik teratas untuk 2024.
Johor Bahru adalah bandar yang sesuai untuk keluarga kerana yang memenuhi keperluan setiap anggota. Di sana, anda boleh menikmati pengalaman seronok di taman tema yang meriah, menerokai tempat peranginan tepi pantai, dan padang golf bertaraf dunia.