Carian
Dapatkan Tiket Percuma Untuk Ke Muzium Lilin Red Carpet 2 Di CityWalk i-City, Bersempena Hari Jadi Sultan Selangor
December 7, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Muzium Lilin Red Carpet 2, bermula pada 11 Disember hingga 14 Disember 2023 iaitu selama empat hari berturut-turut, i-City akan menawarkan tiket percuma eksklusif kepada orang ramai.

Pemberian tiket percuma ini adalah bersempena hari jadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Ini merupakan inisiatif One Shah Alam, One Destination, inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tatakelola (ESG)nya yang ingin mengajak orang ramai untuk merasai pengalaman serba unik sebelum mengakhiri akhir tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, muzium lilin ini mengumpul tokoh-tokoh terkenal global, ikon budaya, dan selebriti tersohor dan merangkumi lebih 100 koleksi patung lilin terkemuka yang  berukuran sebenar.

Para pengunjung akan terpegun dengan persamaan ciri-ciri patung lilin yang ada di Red Carpet 2 – ini termasuk patung lilin bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, usahawan China yang diiktiraf, Jack Ma, pengasas teknologi dan Facebook Mark Zuckerberg, penyanyi dan pelakon Korea, Lee Min-Ho, penyanyi terkenal dunia Taylor Swift, dan ramai lagi personaliti berpengaruh lain.

Berikut adalah butiran acara:

  • Tiket: Masuk Percuma ke Muzium Lilin Red Carpet 2
  • Lokasi: CityWalk, Tingkat UG, i-City, Shah Alam, Malaysia
  • Tarikh: 11 Disember 2023-14 Disember 2023 (11 Disember eksklusif untuk Pengguna Superapp i-City)
  • Waktu Operasi: 2.00 petang – 10.00 malam
Komen