Nikmati Gabungan Rasa Pedas Dan Manis Dengan Menu Terbaharu Marrybrown Masisseoyo Fest

December 7, 2023
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Marrybrown kini memperkenalkan menu hidangan baharu sempena perayaan akhir tahun menerusi menu Masisseoyo Fest, yang diinspirasikan citarasa Korea. Menu yang baru dilancarkan ini telahpun tersedia di seluruh Malaysia pada hari ini sehingga 21 Januari 2024.

Masisseoyo Fest yang berasal daripada ungkapan Korea ‘Masisseoyo’ yang bermaksud ‘sangat lazat’, menjanjikan hidangan yang memikat cita rasa orang ramai. Kesinambungan dari kejayaan dan populariti menu yang telah diciptakan sebelum ini, Marrybrown kekal tekad untuk menyediakan sesuatu yang berbeza dalam menyajikan hidangan yang cukup enak dan luar biasa khas untuk penggemar Memang Best mereka.

Kali ini, hidangan yang menggabungkan rasa pedas dan manis daripada kepingan cili dan lada yang pasti akan membuat para pengunjung mendambakan lebih banyak lagi. Masisseoyo Fest menampilkan Fire Ramyeon, Spicy Bibimbap, K-Chicken Wrap, Ayam Masisseoyo dan Pai Coklat. 

Untuk K-Chicken Wrap, ia menampilkan kepingan ayam bersalut sos yang luar biasa bermula harga dari RM13.90.

Bagi mereka yang menggemari pilihan makanan berperisa pedas, Spicy Bibimbap adalah pilihan yang tepat, hidangan ini menampilkan menu nasi disaluti dengan Sos Masisseoyo yang unik, isi ayam rangup, jeruk dan telur bermula pada harga dari RM14.50.

Untuk hidangan yang menyenangkan dan memuaskan hati, Spicy Rameon yang digandingkan dengan ayam rangup dan boleh didapati bermula harga dari RM16.90. Setiap hidangan dilengkapkan dengan segelas minuman ringan.

Penggemar ayam rangup juga boleh meningkatkan kepuasan mereka dengan Kombo Ayam Masisseoyo, yang menampilkan 2 keping ayam rangup bersalut sos Masisseoyo. Sempurnakan lagi hidangan yang enak ini dengan kentang goreng dan minuman ringan, semuanya bermula harga dari RM20.90.

Selain itu, bagi mereka yang inginkan kesemua menu baharu, Masisseoyo Box merupakan pilihan terbaik. Ditawarkan pada harga bermula RM22.90, variasi hidangan menarik ini tersedia dengan seketul Ayam Masisseoyo, K-Chicken Wrap, dan minuman ringan. Lengkapkan lagi hidangan anda dengan Pai Coklat yang boleh didapati pada harga tambahan bermula RM4.50.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd