Carian
Barangan Hasil Kepulauan Solomon Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Tuna & Barangan Berasaskan Kelapa
December 8, 2023 Lina Rosli

Air lautan yang jernih dan pantai berpasir putih di Kepulauan Solomon adalah rumah kepada populasi ikan tuna serta kebun kelapa dan pelbagai sumber semula jadi yang menyokong industri tempatan.

Kini, rakyat Malaysia dapat menikmati produk eksklusif #madeinsolomons yang mempamerkan yang terbaik dari Kepulauan Solomon, termasuk SolTuna – yang merupakan tuna asal tunggal dan sumber lestari yang enak dari Lautan Pasifik.

Kebiasaannya, SolTuna ini akan diproses secara tempatan dengan pantas justeru mengekalkan kesegaran.

Sementara produk berasaskan kelapa pula disumberkan dan dikilang secara tempatan bagi menghasilkan produk penjagaan diri seperti Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Island.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang menampilkan barangan yang terbaik dari Kepulauan Solomon ke Malaysia. Oleh itu, ini merupakan peristiwa penting bagi kedua-dua negara kerana perkongsian perdagangan ini menyokong kehidupan nelayan dan petani tempatan serta keluarga mereka.

Perkongsian perdagangan ini disokong oleh kerajaan Australia melalui inisiatif Strongim Bisnis, yang memudahkan penglibatan antara sektor swasta dan kerajaan Kepulauan Solomon bagi memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif. Selain itu, sokongan ini turut bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dengan impak yang positif dan berpanjangan.

Penghormatan terhadap alam sekitar dan pemerkasaan komuniti adalah tulang belakang #madeinsolomons. SolTuna yang merangkumi jenama utamanya Solomon Blue adalah bebas daripada membahayakan ikan lumba-lumba selain diperakui Halal dan diberi pengiktirafan Perdagangan Adil – turut telah mencapai pensijilan Marine Stewardship Council (MSC).

Ini sekaligus menunjukkan produknya diurus dengan baik, dengan amalan penangkapan ikan yang memenuhi kemampanan piawaian ketat majlis itu.

Dapatkan jenama #madeinsolomons pertama dan eksklusif di kedai Jaya Grocer dan secara atas-talian di https://medellamy.easy.co/.

Komen