Carian
ALBA Memperlihatkan Koleksi Jam Tangan Eksklusif Sempena Hari Natal
December 8, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang meminati koleksi jam tangan, tahukah anda bahawa sub-jenama SEIKO, ALBA telahpun tiba di pasaran Malaysia sejak Ogos 2023 yang lalu?

Dan kini, bersempena sambutan Hari Natal yang bakal tiba, ALBA sekali lagi memperkenalkan koleksi jam tangan istimewa yang bertemakan warna sinonim dengan perayaan itu iaitu warna hijau gelap.

Untuk koleksi ini, ALBA dilihat menawarkan dua model jam yang mana satu untuk wanita dan satu lagi untuk lelaki.

  • AH7CM7X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna hijau gelap, tali jam jenis keluli tahan karat, dikelilingi juga dengan kristal berkilau pada kerangka jam (untuk wanita).
  • AM3953X1 – Jam tangan dengan muka jam berwarna hijau gelap, tali jam jenis keluli tahan karat

Kedua-dua model-model ekslusif ini menampilkan gaya yang tampak kasual dan formal dalam pada masa yang sama. Ini kerana ALBA hadir dengan gabungan dial yang menarik bersama-sama dengan muka jam yang menggunakan tona warna hijau gelap dan emas, menjadikannya lebih trendy untuk digayakan oleh lapisan generasi masa kini.

Bersama-sama dengan pengenalan dua utas jam tangan ini, ALBA turut mengadakan sesi pertemuan bersama peminat Sean Lee – yang merupakan duta bagi jenama jam tangan ini. Menurut Sean Lee, beliau sangat menggemari dengan setiap koleksi yang ditampilkan oleh ALBA. Ia bukan sahaja disebabkan rekaannya yang trendy untuk digayakan di dalam fesyen harian, tetapi juga menawarkan ciri yang cukup baik sebagai seutas jam untuk digunakan dalam pelbagai jenis acara.

Komen