Spritzer Bhd telah diumumkan sebagai Jenama Terbaik 2023 bagi kategori air. Ia merupakan kemenangan kesembilan berturut-turut Spritzer dalam bahagian minuman kebangsaan di Anugerah Penjenamaan Dunia.
Anugerah berprestij itu telah disampaikan di Kensington Palace, London yang mana mereka mengiktiraf komitmen Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti dan kelestarian. Untuk pengetahuan anda, Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2023-2024 mempamerkan kecemerlangan lebih 3,500 jenama yang mewakili lebih daripada 45 negara.
Sewaktu di acara berkenaan, hanya 250 jenama yang diisytiharkan sebagai pemenang, merangkumi pelbagai kategori pada tiga peringkat terkemuka – global, serantau dan, nasional.
Sebelum ini Spritzer telahpun hadir dengan satu kempen yang mengetengahkan tentang kepentingan air mineral dalam mendapatkan kulit yang tampak lebih muda. Menampilkan mineral silika sebagai bahan utama di dalam produk Spritzer, maka tidak hairanlah mengapa jenama ini diumumkan sebagai jenama terbaik untuk 9 tahun berturut-turut.
Hal ini kerana, penawaran yang hadir di dalam setiap botol air minuman Spritzer dilihat menawarkan banyak manfaat ke atas kesihatan. Ini termasuk memberikan kekuatan dan kelenturan pada tisu penghubung badan individu seperti rawan, tendon, kulit, tulang, gigi, rambut dan saluran darah.
Malah, silika juga penting dalam pembentukan kolagen, protein yang paling banyak terdapat dalam badan anda.