Sephora Malaysia Memperlihatkan Pameran Interaktif 3D Yang Pertama Pada Skrin 3D Terbesar Di Fahrenheit88

December 11, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bermula 1 Disember hingga 1 Januari 2024, Sephora Malaysia telahpun melancarkan kempen ‘Unwrap Their Beautifu’ dengan pameran interaktif 3D yang pertama pada skrin 3D terbesar di ibu negara.

Kempen ‘Unwrap Their Beautiful’ ini memperlihatkan kepada pengunjung tentang perjalanan maya untuk menemui kekuatan kecantikan mereka dan berkongsi keceriaan percutian mereka tanpa mengira umur dan latar belakang.

Untuk mencipta pengalaman percutian yang unik, rancangan interaktif 3D yang disegerakkan mengubah penonton menjadi peserta apabila mereka mendedikasikan keinginan percutian mereka bersama yang terdekat dan tersayang pada skrin. Pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR untuk sambungan segera atau menjadualkan keinginan mereka terlebih dahulu.

Selain itu, pengguna di kedai Sephora di Fahrenheit88 juga boleh menemui kejutan yang tersembunyi dalam paparan percutiannya. Sambil mereka mengikuti reben maya, pengguna berpeluang untuk bukan sahaja mengumpul hadiah maya tetapi juga mengubah maya menjadi realiti menerusi hadiah-hadiah istimewa yang disediakan.

Bagi anda yang ingin melihat pertunjukan interaktif 3D Sephora ‘Unwrap Their Beautiful’, segera berkunjung ke Elite Pavilion Kuala Lumpur dan skrin LED Curve Fahrenheit88 setiap hari pada jam 8:30 malam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd