Carian
2023 Wrapped Tealive Memperlihatkan Jumlah Pesanan Minuman Boba Paling Banyak Adalah Ketika Bulan Perayaan
December 12, 2023 Lina Rosli

Pada awal bulan Disember, Youtube Music, Apple Music dan Spotify sudahpun hadir dengan recap mereka bagi tahun 2023 – ini bertujuan untuk merumuskan aktiviti pengguna yang merangkumi muzik kegemaran, penyanyi dan juga podcaster yang digemari untuk sepanjang tahun itu.

Dan Tealive turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan tabiat pembelian pelanggan mereka pada tahun 2023. Walaupun ia tidak seperti recap ataupun wrapped yang kebanyakan platform penstriman muzik ini kongsikan, namun video yang dikongsikan mereka hadir dengan beberapa data menarik.

Pada tahun 2023, tabiat pembelian pelanggan mereka menunjukkan bahawa jumlah pesanan minuman boba tertinggi ada pada bulan Januari, April, November dan Disember.

Menurut Tealive, faktor pembelian ini didorong oleh musim perayaan yang bukan tertakluk kepada perayaan budaya ataupun agama sahaja, tetapi juga termasuk perayaan negara seperti musim Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum.

Untuk pengetahuan andam di sepanjang musim waktu perayaan ini juga, Tealive turut hadir dengan beberapa promosi menarik yang berbaloi untuk ditebus oleh semua pelanggan mereka.

Seterusnya, Tealive turut berkongsi lima menu popular yang sering dipesan oleh pelanggan – ini termasuk:

  1. Cheezy Popcorn Chicken
  2. Hazelnut Indulgence Smoothie
  3. Choc Donut Ball
  4. Caramel Macchiato with Cream Cloud
  5. Bang Bang Fresh Milk with Warm Pearl

Bukan itu sahaja, Tealive turut mengatakan bahawa jumlah keseluruhan pesanan popcorn chicken yang dipesan oleh pelanggan adalah bersama dengan besar satu Stadium Bukit Jalil. Sememangnya, rakyat Malaysia memang benar-benar menggemari makanan panas yang disediakan di Tealive.

Untuk pengetahuan anda juga, sebelum ini Tealive turut mengumumkan pengenalan kilang penghasilan boba dengan kerjasama bersama rakan kongsi JV Zhejiang Boduo International Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei International Trade Co Ltd.

Dengan kehadiran kilang ini di Malaysia, mereka menjangkakan akan menghasilkan sekitar 400 tan mutiara sebulan dan ini sekaligus menjadikannya antara kilang pengeluaran boba terbesar di negara ini.

Komen