Secret Recipe Memperkenalkan Kek Strawberry Rose, Dijual Pada Harga RM98 Untuk Satu Kek Penuh

December 13, 2023
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Siapa sahaja yang tidak menggemari kek yang lazat? Ditambah lagi dengan ratio rasa masam, manis dan lemak yang mencukupi, pastinya membuat anda tidak ingin ketinggalan untuk menjadi yang pertama mencubanya.

Terbaru, Secret Recipe telah hadir dengan satu menu kek baharu yang menggandingkan dua elemen yang lazat iaitu Strawberry Rose.

Menu ini menggabungkan dua rasa yang serasi – buah strawberi yang manis bersama aroma kelopak ros yang wangi pasti akan menambat hati dan selera. Menurut Secret Recipe, kek ini menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar, telur, krim, tepung, dedak gandum, gelatin, krim putar dan biji labu bagi menghasilkan keenakan nikmat rasa. 

Dengan itu, Secret Recipe menjamin bahawa perisa, aroma dan tekstur kek ini mampu merangsang emosi dan mencipta memori indah, sambil mengeratkan hubungan sesama insan.

Bagi yang berminat, kek Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia dan dijual pada harga RM98 untuk satu kek dan RM11 untuk sepotong.

Untuk maklumat lanjut tentang Secret Recipe atau kek Strawberry Rose, anda boleh layari www.secretrecipe.com.my

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd