Carian
Kelawar Bumblebee Adalah Mamalia Paling Kecil Di Dunia
December 13, 2023 Lina Rosli

Kelawar Bumblebee (kelawar lebah) ataupun turut dikenali sebagai Kitti hog-nosed bat – adalah antara kelawar paling jarang dijumpai di dunia, dan memegang rekod sebagai mamalia terkecil yang ada di dalam ekosistem.

Secara umumnya, kelawar lebah ini berukuran sekitar 1.3 inci dari kepala ke bahagian belakang, dan beratnya kira-kira sepeser (setengah sen) yang bersamaan dengan 2g. Jika dibandingkan, berat kelawar ini adalah sekitar berat penutup botol, kad perniagaan, sudu plastik atau klip kertas.

Kebiasaannya, kelawar lebah ini berkumpul di sekitar gua berdekatan dengan Thailand dan Myanmar, terutamanya di sepanjang Sungai Khwae Noi.

Apa yang Dimakan Kelawar Lebah?

Seperti kelawar lain, spesies lebah ini mempunyai ibu jari yang kecil dan satu set gigi yang lengkap, iaitu sebanyak 28 batang gigi.

Kelawar lebah ini memburu lalat dan serangga kecil lain. Menurut pakar yang telah melakukan pembedahan perut mereka selepas ia makan, dapatan mendedahkan di dalamnya terkandung sekumpulan bahagian pepijat yang berbeza termasuk kaki labah-labah dan serpihan kumbang.

Memandangkan saiz dan bilangannya yang kecil, mereka tidak mencari pemangsa besar seperti kebanyakan kelawar yang bersaiz normal.

Untuk pengetahuan anda juga, kelawar lebah akan memilih kawasan yang tertutup untuk menjadi tempat tinggal mereka seperti di dalam gua batu kapur berkubah dengan berbilang ruang yang sesuai untuk bertenggek.

Dan kini, selepas kebanyakan gua mula dijadikan sebagai tempat pelancongan, kelawar kecil ini diancam oleh gangguan manusia di dalam gua, tempat ia mencari makanan. Ahli pemuliharaan mengatakan pelancongan di kawasan ini telah memberi kesan negatif kepada spesies tersebut. Malah, beberapa gua telah diubah menjadi “gua pertunjukan,” yang membawa kepada kemusnahan habitat kelawar.

Komen