Pada awal tahun 2023, Nusantara Fashion House yang merupakan sebuah butik fesyen yang berasal dari Indonesia telahpun memperluaskan jenama mereka ke pasaran tempatan iaitu di The Strand Mall, Kota Damansara.
Dan kini, Nusantara Fashion House ini sebuah butik fesyen bertaraf tinggi dari Indonesia telah bersedia memperkenalkan butik digital pada bulan Februari 2024 – ini sejajar dengan usaha kerajaan Madani yang mendorong perusahaan SME di Malaysia untuk GO Digital.
Menerusi langkah ini, Nusantara Fashion House akan memperlihatkan katalog fesyen hingga ke perhiasan rumah di dalam satu platform Easy Store – menyatukan laman dagang dan dagangan secara langsung.
Antara produk yang dibawa dari Indonesia ke dalam pasaran tempatan termasuklah minuman organik sepeti teh-teh unik, kerepek dan juga makanan dalam bungkusan asli Indonesia, koleksi beg tangan buatan tangan dan banyak lagi.
Kerjasama antara Easy Store dan Nusantara Fashion House ini dijangka akan menjadi contoh kepada semua perniagaan dan usahawan tempatan dalam memanfaatkan perkhidmatan seperti Easy Store bagi menyepadukan gabungan dagangan atau Unified Commerce dalam kegiatan perusahaan mereka.
Langkah yang diambil Nusantara Fashion House ini juga menerima pujian dari semua rakan kerjasama dan penyokong mereka termasuk syarikat pemilik Strand Mall iaitu Encorp Bhd kerana edagang kini telah menjadi bahagian penting dalam semua perniagaan B2C.