Menerusi pengenalkan K-Berries, Korea Selatan kini dilihat mula membawa masuk lima jenis strawberi premium mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry dan Snowberry.
Menurut Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, pengenalan kelima-lima jenis strawberi ini di Malaysia adalah untuk memupuk pertukaran budaya melalui makanan, salah satu bahasa universal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Selain daripada pengenalan strawberi ini, Malaysia dijangka akan sentiasa menjadi rakan perdagangan yang penting kepada Korea Selatan – kerana ia bukan sahaja akan memenuhi permintaan rakyat Malaysia tetapi juga memperdalam penghargaan mereka terhadap tawaran pelbagai produk pertanian Korea yang luar biasa.
Ketahui Perbezaan Lima Jenis Strawberi Premium Dari Korea Selatan Ini
Setiap satu daripada lima jenis strawberi premium yang diperkenalkan ini mempunyai kualiti tersendiri yang membezakannya daripada tawaran standard lain di pasaran:
Kuemsil
Dikenali sebagai “apple of the eye”, baka strawberi Kuemsil menawarkan rasa manis yang tersendiri, diperkaya dengan bayangan rasa seperti buah pic yang menjadikan profil rasanya lebih menarik.
Baka ini juga mempunyai gabungan sempurna rasa manis semula jadi dan juga cita rasa halus bernuansa, menjadikannya satu pengalaman kulinari yang menawan dan tidak dapat dilupakan.
Sulhyang
Buah strawberi ini merupakan satu gandingan seimbang bagi anda yang mencari rasa manis dan sedikit masam pada satu-satu buah.
Keunikan Sulhyang terletak pada buahnya yang berjus, pulpa lembut dan bentuk kon berwarna merah terang yang menyerlah. Baka ini menjanjikan simfoni perisa, yang mana gabungan rasa manis dan masam menghasilkan satu pengalaman rasa yang menggembirakan dan sukar untuk dilupakan.
King’s berry
Menyerupai raja strawberi, King’s berry mempunyai saiz yang dua kali lebih besar daripada strawberi biasa untuk kepuasan yang lebih tinggi. Di tambah lagi dengan keharuman seperti buah pic, disempurnakan dengan tekstur lembut dan manis menjadikan raja buah ini satu sensasi yang hebat.
Vitaberry
Strawberi ini mempunyai kandungan vitamin C yang 30% lebih tinggi berbanding dengan strawberi biasa. Bukan sahaja lazat dimakan, Vitaberry juga berkhasiat, menjadikannya satu pilihan tepat untuk kesihatan dan juga dinikmati.
Snowberry
Merupakan jenis strawberi dengan warna paling berbeza – seakan merah jambu cerah. Dibezakan dengan luaran berwarna merah jambu dan tekstur isi putih yang lembut, Snowberry mendapat namanya daripada ciri-cirinya yang menyerupai salji.
Selain daripada rupa fizikalnya yang menawan, baka ini menjanjikan rasa manis yang halus dan isi yang lembut lagi lazat, umpama membawa deria rasa anda ke alam musim sejuk yang penuh perisa.