Carian
New Balance Buka Kedai Baharu Di The Exchange TRX Yang Direka Untuk Mengutamakan Penglibatan Komuniti
December 18, 2023 Lina Rosli

Dengan pembukaan kedai baharunya di The Exchange TRX, yang terletak di Aras 2, New Balance memperkenalkan pengalaman pengguna runcit baharu yang direka untuk mengutamakan orang ramai, bukan produk.

Di kedai berkenaan, New Balance menampilkan rekaan yang berpusat pada susunan tempat duduk komunal – ini bagi menggalakkan pelanggan untuk berkumpul, menarik inspirasi antara satu sama lain dan menemui gaya asli mereka. Tambah New Balance juga, ruang itu dibina untuk menceritakan semua kisah mereka dan menjemput khalayak baharu menemui jenama itu buat kali pertama.

Konsep ini meletakkan New Balance sebagai jenama yang seimbang antara dua perkara iaitu sukan dan budaya. Di kedai ini juga, tidak hanya memfokuskan kepada jualan produk biasa, New Balance menampilkan pelbagai jenis barangan yang disesuaikan dengan citarasa pelanggan.

Bersempena pembukaan kedai baharu New Balance di The Exchange TRX juga, ia menawarkan rangkaian istimewa eksklusif dan bengkel yang menarik untuk penglibatan orang ramai.

Komen