Carian
Ini 5 Inovasi Menarik Yang Ditampilkan Haier Malaysia Menerusi Barisan Produk Baharu Bagi Tahun 2024
December 20, 2023 Lina Rosli

Apabila memasuki tahun baharu, pasti akan ada dalam kalangan anda yang mula mencari barisan produk kelengkapan rumah yang baharu untuk menjadikan pengalaman kehidupan lebih lancar.

Disebabkan itu, Haier dilihat mula hadir dengan penawaran kelengkapan rumah yang bertepatan dengan keperluan semasa pengguna. Antara produk yang diperkenalkan adalah pendingin hawa, peti sejuk, peti beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air dan perkakasan dapur.

Pelancaran produk-produk ini menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pengguna menerusi objektif jenama – ‘Smart Living’ bagi memberikan kualiti produk yang unggul dan lebih memudahkan pengguna.

Bermula daripada produk untuk ruang tamu seperti televisyen dan penghawa dingin sehingga ke produk kegunaan harian seperti pemanas air bilik air, hud dapur, peti sejuk – Haier dilihat komited dalam menawarkan inovasi yang diperlukan oleh pengguna.

Menawarkan Peti Sejuk Dengan Teknologi ‘Daylight’ Dan Skrin Sentuh Secara Terbina

Untuk produk pertama yang diperkenalkan Haier adalah peti sejuk. Jenama ini membawakan jenis peti sejuk empat pintu HF-IM758LXG (B) yang didatangkan dengan aplikasi Haismart menyediakan kemudahan kepada pengguna.

Selepas menghubungkan peti sejuk dengan rangkaian Wi-Fi, pengguna boleh menguruskan makanan, mengawal mod dan suhu, serta menerima tips resipi-resipi masakan kegemaran pengguna menerusi aplikasi berkenaan.

Peti sejuk tersebut mempunyai skrin sentuh yang telah dibina secara ‘built-in’ untuk membantu pengguna melaras suhu dan tetapan-tetapan lain secara intuitif dan lebih elegan.

Ciri lain yang menarik ialah ‘Daylight’ yang menyediakan pencahayaan lebih baik dan sekata di seluruh peti sejuk. Menerusi ciri ini, peti sejuk akan diterangi sedikit demi sedikit dari belakang ke depan apabila pintu dibuka, walaupun dalam keadaan gelap.

Mesin Basuh Yang Dilengkapi Kemudahan Pintar

Membasuh baju kini lebih senang dengan mesin basuh muatan depan, BD14266S8 yang bakal tiba. Model ini boleh disambungkan dengan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal basuhan dari dalam rumah.

Ia juga didatangkan dengan panel paparan Colour Ai yang cerah dan elegan untuk kawalan tetapan lebih baik, mempertingkatkan pengalaman pengguna berbanding mesin basuh muatan depan biasa.

Sementara itu, mesin basuh muatan atas BD2178S8 dilengkapi dengan teknologi Auto-Dosing yang membolehkan pengguna mengoptimumkan penggunaan produk basuhan, mengelakkan pembaziran, dan mengurangkan kekotoran di pakaian untuk pengalaman basuhan yang menakjubkan.

Teknologi Auto-Dosing juga akan membuang cecair bahan pencuci secara automatik, berdasarkan kitaran basuhan dan pakaian. Pengguna hanya perlu menambah bahan pencuci sekali di bahagian produk basuhan apabila diperlukan.

Pengalaman Memasak Yang Lebih Lancar Dan Dinamik

Haier juga hadir dengan dapur gas dan hud yang berkuasa tinggi – HH-GT6907GB yang mana ia merupakan hud dapur bersaiz besar yang hadir dengan rekaan volut. Menerusinya, ia memberikan aliran udara yang lancar selain tidak menghasilkan bunyi yang terlalu bising.

Antara ciri lain yang menarik perhatian pengguna juga adalah ciri pintar yang dinamakan sebagai ciri AI Smart Air Flow. Ia menawarkan kuasa sedutan yang berkuasa – yang akan mengekalkan kecekapan pemprosesan dan sedutan.

HH-GT6907GB berupaya disambungkan menerusi ‘Hob-to-Hood Connection; melalui sambungan Bluetooth untuk pengoperasian secara automatik. Dengan ini, ia mengurangkan keperluan pengguna untuk menyentuh panel kawalan dengan tangan yang berminyak, selain membantu mereka yang kerap lupa menutup atau membuka hud dapur.

Melengkapkan hud tersebut ialah dapur gas HC-Q893STGB, HC-Q872PTGB, dan HC-Q872PTDG. Ketiga-tiga model ini tampil dengan Timer Setting yang menutup bekalan gas selepas ‘timer’ tamat bagi mengelakkan potensi kejadian berbahaya.

Dan ciri lain yang turut akan digemari ramai adalah ‘Flexible Cut-out Size’ yang membolehkan penukaran dapur gas tanpa perlu mengubah suai potongan kabinet.

Aktiviti Mandian Yang Selamat Dan Kalis Renjatan

Khusus untuk anda yang menggemari aktiviti mandian selepas seharian bekerja di luar, Haier dilihat hadir dengan penawaran produk kelengkapan mandi yang dilengkapi dengan teknologi yang memfokuskan keselamatan – Teknologi Kalis Renjatan (Teknologi Shock Proof).

Teknologi ini direka khas untuk menghalang kebocoran elektrik dan kegagalan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) yang mungkin membawa risiko renjatan elektrik. Menerusinya, pancuran mandian ini akan menukar arus elektrik voltan tinggi menjadi voltan rendah, memastikan pengalaman mandian yang lebih selamat.

Dalam mengekalkan estetika rekaan, Haier turut menawarkan barisan produk dengan ciri kemasan matte black untuk siri produk K – sesuai untuk anda yang menggemari reka bentuk bilik mandi yang premium.

Televisyen Besar Untuk Pengalaman Tontonan Ekstra

Haier baru-baru ini turut memperkenalkan TV OLED pertamanya di Malaysia, H65C900UX 65-inci dan H55C900UX 55-inci dengan paparan OLED 120Hz 4K. Dipadankan dengan sistem audio Dolby Atmos bersama dengan pembesar suara Kardon 2.1, kedua-dua televisyen ini akan meningkatkan pengalaman tontonan hiburan pengguna.

Selain daripada dua saiz ini, Haier turut memperkenalkan model televisyen dengan saiz lebih besar yang mencapai kiraan 98-inci. Dengan ini, setiap butiran drama dan filem yang anda ingin tonton akan menjadi lebih jelas dan menyeluruh – menerusi model S900 HQLED TV.

Komen