Carian
Apa Itu Tuberkulosis? Ketahui Jenis-Jenis Tuberkulosis
December 29, 2023 Lina Rosli

Pernahkan anda mendengar tentang wabak penyakit yang dikenali sebagai Tuberkulosis atau TB? Jika ya, tahukah anda bahawa penyakit Tuberkulosis ini sebenarnya pernah menjadi satu wabak yang besar di dunia pada suatu ketika dahulu.

Namun, sejak beberapa tahun yang lepas, penyakit Tuberkulosis di Malaysia telah disahkan sebagai endemik – penyakit ini sentiasa ada namun kesannya masih lagi terkawal dan tidak boleh dianggap sebagai wabak.

Apakah itu penyakit Tuberkulosis (TB)?

Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Kekal sebagai cabaran kesihatan global, penyakit TB ini akan menyerang paru-paru, namun turut cenderung menyasarkan pelbagai organ yang lain.

Untuk rawatan, TB biasanya dirawat dengan menggunakan antibiotik dan sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan yang sebetulnya, ia boleh membawa kepada maut.

Apa yang menakutkan tentang TB ialah virus ini boleh merebak melalui udara nipis apabila orang yang dijangkiti penyakit TB aktif batuk, bersin atau bercakap. Orang di sekeliling individu yang dijangkiti TB berkemungkinan besar boleh dijangkiti jika tidak mendapat perlindungan yang secukupnya.

Ketahui jenis-jenis Tuberkulosis (TB)

Terdapat dua jenis TB yang sering dialami oleh kebanyakan individu iaitu:

  • Tuberkulosis Laten (TB Laten) – Individu dengan TB laten mungkin dijangkiti bakteria TB tetapi tidak semestinya menunjukkan sebarang gejala aktif.
  • Tuberkulosis Aktif (TB Aktif) – Individu dengan TB aktif sebaliknya mempunyai bakteria TB yang membiak secara aktif, mengakibatkan pelbagai gejala TB seperti batuk yang berterusan dan berpanjangan, sakit dada, hilang selera makan, penurunan berat badan, keletihan, demam, mudah berpeluh pada waktu malam, batuk sehingga darah – bergantung pada organ yang terjejas.

Cara mencegah jangkitan Tuberkulosis (TB)

Menurut DOC2US, terdapat beberapa cara untuk mencegah dan menghalang diri dari dijangkiti Tuberkulosis (TB). Ini termasuk:

  • Elakkan daripada berhubung rapat dengan sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai penyakit TB aktif.
  • Kerap bersihkan dan basuh tangan terutamanya semasa batuk atau bersin.
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat, sihat dan bersenam setiap hari untuk memastikan sistem imun anda terkawal.
  • Dapatkan ujian kesihatan dari semasa ke semasa jika anda menghadapi risiko TB yang lebih tinggi.
Komen