Carian
Perbezaan Keju – Ketahui Jenis-Jenis Keju Yang Ditawarkan Di Pasaran
October 25, 2023 Lina Rosli

Seperti yang anda sedia maklum, keju adalah salah satu produk yang berasaskan tenusu yang mana ia dihasilkan secara meluas dari segi rasa, warna dan juga tekstur. Ia sangat popular dalam hidangan di negara luar seperti Perancis dan juga Itali.

Keju juga merupakan sumber kalsium yang baik selain menawarkan kebaikan dalam penyembuhan luka dan juga menstabilkan tekanan darah.

Terdapat beberapa kategori keju yang boleh anda ketahui. Untuk pengetahuan anda, kategori ini dikelaskan mengikut:

  1. Tekstur
  2. Kelembapan
  3. Kandungan nutrien

Kategori Keju Yang Ditawarkan Di Pasaran

Perbezaan utama bagi setiap keju yang ditawarkan di pasaran ini melibatkan jenis susu yang telah dipasteurkan dan juga kaedah yang digunakan untuk penapaian keju termasuk proses menampilkan kulat pada hasil keju.

Berikuta adalah 6 kategori keju yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai keju:

  1. Keju keras atau hard cheese
  2. Keju separa keras atau semi-hard cheese
  3. Keju segar
  4. Keju berasaskan kambing
  5. Keju dengan tompokan kulat biru
  6. Keju dengan tompokan kulat putih

Perbezaan Keju – Ketahui Jenis-Jenis Keju Yang Ditawarkan Di Pasaran

Di setiap kategori keju ini, terdapat beberapa jenis keju dibawahnya yang mana ia mempunyai tempoh pemprosesan dan penapaian yang berbeza seperti:

#1 Jenis Keju Keras

Untuk keju keras, ia biasanya mempunyai rasa yang lebih kuat dan flavourful.

Antara contoh keju dibawahnya adalah Parmesan atau turut dikenali sebagai Parmigiano, Pecorino, Machego dan Grana Padano

Disebabkan teksturnya yang keras, cara masakannya adalah sedikit berbeza dengan keju biasa yang kita guna – memerlukan anda memarut dan mengisar keju untuk menggunakannya.

Dari segi jangka hayat pula, keju jenis ini boleh bertahan lama kerana ia telah melalui proses penapaian dan penerapan yang hampir 2 tahun.

Keju Separa Keras

Untuk keju separa keras pula, kategori keju ini hadir dengan penawaran yang lebih variasi. Ia juga banyak digunakan sebagai pelengkap hidangan roti dan pastri. Antara jenis keju ini ialah keju cheddar, gouda, havarti dan juga gyureye.

Jika hendak dibandingkan dengan keju keras, keju jenis ini biasanya mempunyai kelembapan yang sedikit dan juga menampilkan warna yang lebih terang. Dari segi aspek rasa pula, keju jenis ini hadir dengan rasa seakan buah-buahan yang segar.

Berkenaan dengan proses penapaian untuk keju ini, ia mengambil masa sekitar 1 hingga 6 bulan dan boleh bertahan lama sekiranya disimpan baik di ruangan yang sejuk.

Keju Segar

Sebut sahaja tentang keju segar, antara jenis keju yang tergolong dalam kategori ini adalah keju mozzarella, feta, ricotta, burrata dan keju krim.

Jika anda lihat senarai jenis keju yang berada di dalam kategori ini menampilkan tekstur yang lembut dan kenyal. Dan disebabkan itu juga, keju ini biasanya tidak boleh bertahan lama walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

Penggunaan keju jenis segar sering ditambah di dalam masakan yang mana ia boleh membantu memekatkan tekstur kuah dan menghasilkan kepekatan kuah yang lebih konsisten dan rasa yang lebih baik.

Keju dengan tompokan kulat biru

Untuk keju dengan tompok kulat biru ini biasanya ditawarkan pada harga yang lebih mahal. Penampaiannya mengambil masa sekitar 4 hingga 6 bulan. Dari segi tekstur pula, ia mempunyai kelembapan yang tinggi, lebih berkrim dan mudah untuk hancur.

Untuk pengetahuan anda, keju biru diperbuat menggunakan acuan biru seperti Penicillium roqueforti dan Pencillium glaucum. Acuan dalam keju biru, tidak seperti keju putih yang mana kulat ini dimasukkan ke dalam massa keju melalui jarum panjang sekaligus menampakkan corak celoreng di dalam keju.

Antara jenis keju biru yang popular adalah gorgonzola, castello creamy blue, roquefort, stilton dan danish blue.

Keju dengan tompokan kulat putih

Sementara, keju tompok putih diperoleh daripada acuan putih spesies Penicillium camemberti dan Penicillium candidum. Secara kasarnya, keju ini memperlihatkan keju dengan spora cendawan di luarnya. 

Keju ini juga biasa dijumpai dan dihasilkan dari wilayah Perancis yang diperbuat daripada susu lembu. Untuk jenis ini, ia hadir dengan tektur keju yang keju yang paling halus dan enak. Ia juga mempunyai rasa lembut dan tidak terlalu berbau dengan kandungan lemaknya sekitar 40 hingga 50%.

Contoh keju dibawahnya adalah brie, camembut dan creamy brie.

Keju berasaskan tenusu kambing

Keju ini pula hadir dengan tekstur yang berkrim dan berbeza rasa dengan produk tenusu yang lain. Keju kambing ini terdapat dalam pelbagai rasa yang mana ia adalah sedikit lebih masin dan rapuh. Keju yang ditawarkan adalah Chevre, White mould dan Blue Cheese.

Walaupun dibuat menggunakan proses pembekuan dan penapaian yang sama seperti keju yang diperbuat daripada susu lembu, keju berasaskan kambing mempunyai kandungan nutrien yang berbeza seperti sumber magnesium yang baik selain berfungsi sebagai alternatif hypoallergenic bagi mereka yang alergi terhadap keju yang terbuat dari susu lembu.

Akhir sekali, untuk penawaran keju ini sebenarnya ia dicipta secaratidak sengaja oleh masyarakat zaman dahulu. Ia ditemui semasa proses pengeluaran susu segar oleh haiwan seperti kambing biri-biri, kambing, lembu, dan kerbau. Bukan itu sahaja,  bagi memastikan susu lebih tahan lama, ia dijadikan keju dahulu kerana ia dapat memelihara susu.

Komen