Istilah “OK” atau “Okay” adalah salah satu perkataan yang paling dikenali dan kerap digunakan oleh individu di seluruh dunia. Ia juga merupakan salah satu ungkapan paling unik yang pernah dicipta yang mana ia membawa pelbagai maksud mengikut keadaan.
Penggunaan dua huruf ini tersebar secara meluas tidak kira diungkapkan secara fizikal ataupun ditulis secara maya.
Bagi anda yang tidak mengetahui sejarah penggunaan perkataan “OK”, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa fakta menarik mengenai perkataan ini dan bagaimana ia mula digunakan.
Asal Usul Perkataan ‘OK’
Sebelum dituturkan dalam percakapan harian, ‘OK’ mula muncul dalam bentuk cetak. Menurut Allan Metcalf, individu yang mula menggunakan perkataan OK adalah seorang editor di Boston Morning Post yang bernama Charles Gordon Greene.
Kemudian, ia ditulis untuk kedia kali di sebuah digunakan di Boston, Massachusetts, Amerika syarikat pada tahun 1839 sekitar bulan Mac yang ditampilkan pada sebuah akhbar yang mencari perkataan singkatan untuk all correct yang disebut orl korrekt (o.k)
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa rujukan akhbar Boston untuk OK mungkin bukan yang paling awal. Mereka mendakwa perkataan OK berasal dari pertuturan Amerika-India.
Menurut bukti linguistik dan sejarah, ‘OK’ berasal dari ungkapan Scots iaitu och aye dan juga perkataan Yunani ola kala yang bermaksud bagus atau baik.
Selain itu, ia turut hadir dalam bahasa Choctaw Indian yang disebut oke atau okeh yang digunakan sebagai penegasan bagi soalan.
Untuk rujukan bertulis tertua terhasil dari penggunaannya sebagai slogan oleh parti Demokrat semasa pilihan raya Presiden Amerika tahun 1840. Calon mereka, Presiden Martin Van Buren, dijuluki dengan nama ‘Old Kinderhook’ dan para penyokongnya membentuk ‘Kelab OK’ yang mungkin menjadi faktor dalam membantu mempopularkan istilah itu.
Perkembangan Perkataan OK
Berdasarkan penggunaan OK untuk beberapa keadaan ini, ia dapat dilihat yang mana perkataan ini menunjukkan keadaan positif yang berbeza-beza. Seperti yang digunakan pada masa kini, OK kini menjadi simbol yang lebih ringkas untuk individu mengekspresikan perasaan setuju atau menyatakan keadaan yang baik.
Mengimbau semula waktu mula-mula ia diperluaskan, individu sebelum ini menandakan perkataan OK pada dokumen dan menggunakan OK di telegraf untuk memberi isyarat bahawa semuanya baik-baik saja. Oleh itu, OK telah menjadi lebih popular dalam komunikasi harian.
Malah, ia juga digunakan sewaktu persembahan teater muzikal pada tahun 1943 yang disebut “Oklahoma!”. Dua pelakon muzikal iaitu Rogers dan Hammerstein menyatakan bahawa negeri itu “OK” selepas babak tembak menembak berlaku.
Pada tahun 1967 pula, perkataan OK dijumpai di dalam sebuah buku Thomas Harris. Di dalamnya beliau ada menyebut, “I’m okay, you’re okay” di dalam bukunya. Penggunaan ini dilihat hampir sama dengan penggunaan harian kita pada hari ini.
Tidak lama kemudian, pada abad ke-20, perkataan OK mula mendapat tempat dalam banyak bahasa yang menjelaskan sesuatu perkara selain dijadikan sebagai singkatan yang tidak asing lagi.
Nampaknya, penggunaan perkataan OK dilihat telah mengisi jurang dalam bahasa apa pun. Sebelum tahun 1839, setiap penutur bahasa akan menyatakan sesuatu pendapat dengan balasan menggunakaan perkataan “ya”, “baik”, “sangat baik”, “memuaskan” dan “baiklah” yang tersendiri. Namun, dengan adanya OK, ia lebih mudah dan lebih universal untuk digunakan dalam pelbagai bahasa.