Pleats atau kain jenis lipatan adalah salah satu item fesyen yang kini menjadi kegemaran ramai individu lebih-lebih lagi para wanita masa kini.
Ia membawakan imej yang tampak moden dan minimalis dalam penggayaan harian anda tidak kira untuk tudung mahupun seluar dan juga skirt.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan lipatannya tidak rosak, anda perlu memberi perhatian yang lebih untuk penjagaannya termasuk:
- Tidak membiarkannya renyuk dan tidak digantung pada penyidai. Hal ini kerana, untuk jenis kain seperti ini ia tidak sesuai untuk digosok. Jadinya, anda perlu mengurangkan risiko renyuk dan terlipat sewaktu mencucinya.
- Menggosok kawasan tertentu secara intense atau kuat untuk jangka masa yang panjang sehingga boleh menyebabkan tekstur berubah rupa dan warna.
- Pastikan juga anda tidak meletakkan pakaian pleats di dalam mesin pengering

Cara Memastikan Lipatan Pleats Pada Skirt, Seluar Dan Tudung Kekal Dan Tidak Berubah
Sebilangan besar pengeluar mengesyorkan anda untuk menghantarkan pakaian jenis pleats ke cucian kering dan penjagaan profesional. Ini bagi memastikan keadaan pakaian kekal terjaga dan tahan lama.
Namun, bagi anda yang ingin berjimat dan ingin menguruskannya di rumah, anda mungkin boleh praktikkan beberapa tips ini:
- Untuk cucian di rumah, anda boleh menggunakan dan menetapkan suhu cucian air sejuk agar tidak pakaian tidak mengecut.
- Anda juga disarankan untuk memilih mod cucian normal atau cucian yang paling pendek bagi mengelakkan pakaian direndam terlalu lama.
- Setelah selesai mencuci, sediakan penyidai baju yang bersaiz besar dan menggunakan klip penyangkut baju untuk menggantung pakaian anda dengan baik.
- Untuk tudung, anda boleh cuba menyidainya tanpa penyangkut baju dan pastikan anda menyusun lipatan pada tudung anda secara rapat. Ia bagi mengelakkan lipatan menjadi kembang dan jarak-jarak.
- Bagi anda yang ingin menghilangkan kesan renyuk atau kedutan yang ketara, anda boleh menggunakan saterika jenis wap dan elakkan daripada menekan bahagian lipatan dengan kuat.
- Sewaktu menyaterika pakaian, anda boleh menghalakan wap panas pada bahagian yang berkedut atau renyuk sekitar waktu 5 hingga 8 saat dan ulangi beberapa kali sehingga selesai.

Tips tambahan sewaktu saterika, pastikan anda menetapkan wap pada suhu paling rendah untuk mengurangkan kerosakan pada lipatan. Adalah penting juga untuk anda mengenal pasti jenis lipatan yang digunakan, dan arah lipatannya.