Bleach atau lebih dikenali sebagai peluntur atau pemutih adalah sejenis alat pencuci yang menghilangkan dan membersihkan kotoran sama ada pada pakaian ataupun barangan lain.
Sekiranya digunakan pada pakaian, ia bukan sahaja boleh menghilangkan kesan noda, tetapi juga boleh melunturkan warna pakaian selain menjadikan pakaian putih tampak seperti baharu.
Untuk pengetahuan anda, peluntur menghasilkan tindak balas kimia dengan kotoran yang memecahnya dan menghilangkannya dari pakaian. Ini kerana, produk berasaskan air ini mengandungi bahan kimia yang dipanggil sodium hypochlorite.
Peluntur juga mempunyai kesan pemutihan dan pencerah pada pakaian putih. Terdapat dua jenis peluntur utama yang boleh dipilih di pasaran yang boleh anda gunakan pada cucian anda iaitu:
- peluntur klorin
- peluntur oksigen
Apa Itu Peluntur Klorin?
Peluntur klorin biasanya terdapat dalam bentuk cecair tetapi kebiasannya turut boleh didapati dalam bentuk serbuk. Peluntur klorin mengandungi natrium hipoklorit yang disebatikan dengan air.
Seperti yang anda biasa lihat, peluntur jenis ini mempunyai tindak balas yang sangat kuat yang mana ia berupaya menghilangkan kotoran dan kuman pada pakaian dengan hanya beberapa titik cecair sahaja. Dan disebabkan itu juga, peluntur klorin tidak begitu selamat digunakan pada beberapa jenis kain terutamanya pakaian atau pakaian berwarna dengan corak.
Hal ini kerana, jika anda meletakkan peluntur klorin pada pakaian tertentu, ia boleh menyebabkan warna memudar dalam corak yang tidak menjadi rosak dan bahkan boleh mengakibatkan pakaian reput dan berlubang.
Oleh itu, jika anda hendak menggunakannya, anda perlu membaca label pada sebilangan besar pakaian dan periksa sama ada ia mampu bertahan dengan tindak balas peluntur klorin atau sebaliknya.
Proses pembersihan apakah yang membolehkan anda menggunakan peluntur klorin? Jawapannya, peluntur klorin boleh digunakan untuk membasmi kuman dan membersihkan kotoran sama ada di dapur, bilik mandi dan permukaan lain di sekitar rumah.
Contoh pembersih atau peluntur klorin adalah Clorox atau Korex.
Apa Itu Peluntur Oksigen?
Peluntur oksigen selamat digunakan pada banyak kain dan ia turut dikenali sebagai pemutih yang selamat untuk warna atau peluntur semua jenis kain.
Tidak seperti peluntur klorin, peluntur ini tidak menghilangkan warna atau corak pada kebanyakan jenis pakaian berwarna selain tidak merosakkan fabrik atau permukaan yang lain.
Walau bagaimanapun, pastikan anda menguji dahulu pakaian anda untuk ketahanan warna sebelum menggunakannya pada cucian anda. Periksa label pakaian untuk melihat adakah pakaian anda boleh diletakkan dan dicuci oleh peluntur bukan klorin atau sebaliknya.
Apakah jenis pembersihan yang sesuai menggunakan peluntur oksigen? Jawapannya, selain membersihkan kain atau fabrik, anda juga boleh menggunakan agen peluntur oksigen ini untuk membersihkan berus, span dan kepala mop.
Bukan itu sahaja, peluntur oksigen juga boleh lampin serta berfungsi dengan baik sebagai penghilang kotoran untuk karpet, tikar dan pelapis. Antara jenama peluntur oksigen adalah Kuat Harimau Color Oxygen Bleach dan ECOMAX Oxygen Bleach Powder.
Akhir sekali, elakkan daripada mencampurkan agen pemutih atau jenis peluntur yang berbeza. Basuh dengan teliti dan bilas semua pembersih pakaian sebelum menambah jenis lain.