Carian
Ketahui Perbezaan 7 Jenis Beras Di Pasaran – Beras Wangi, Beras Perang, Beras Gandum
January 17, 2023 Lina Rosli

Nasi adalah makanan ruji di seluruh dunia dan merupakan sumber tenaga yang penting untuk anda melakukan aktiviti dengan lebih lancar. Nasi menyediakan pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan termasuk karbohisrat, serat, vitamin B3 dan banyak lagi.

Seperti yang ramai sedia maklum, nasi berasal dari beras dan ia pertama kali dijumpai oleh sekumpulan pemburu di Sungai Yangtze di China pada tahun 8000 SM iaitu sekitar 10,000 tahun yang lalu.

Menurut ahli arkeologi, kumpulan pemburu tersebut mula mengubah cara hidup mereka dan mula menanam padi di kawasan sekitar. Sebenarnya terdapat dua spesies padi yang muncul pada awal pengenalan beras. Salah satunya adalah Oryza sativa yang ditemui di Asia dan Oryza glaberrima yang mana ia banyak dijumpai di Afrika dan ditanam secara global.

Bagaimana Beras Mula Diperkenalkan?

Menurut The Atlantic, penemuan beras di kawasan Shangshan, China menunjukkan yang mana masyarakat terdahulu bukan hanya menanam dan mengumpul padi sahaja, malah ia juga turut disajikan dalam hidangan makanan mereka juga.

Beras pada waktu itu juga tidak seperti nasi yang kita makan hari ini. Biji-bijiannya adalah lebih kecil dan nipis. Malah, ia juga tidak mengandungi nutrien dan khasiat yang sama seperti beras masa kini.

Populariti beras mula meningkat selepas penanaman padi japonica mula diperluaskan ke seluruh Asia Tenggara pada tahun 3500 hingga 2000 SM. Selepas beberapa ribu tahun, pengembangan Austronesia bermula, dengan peneroka dari Taiwan bergerak ke selatan untuk menjajah Luzon di Filipina dan membawa teknologi penanaman padi bersama mereka.

Sehingga ke hari ini, antara pengeluar terbesar beras di dunia berasal dari China, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Myanmar, Pakistan, Filipina, Korea dan Jepun. Petani Asia dikatakan menyumbang 87% daripada jumlah pengeluaran beras dunia.

Jenis-Jenis Beras Yang Popular Di Pasaran

Apabila bercerita mengenai beras juga, ia kini hadir dalam bijirin yang berbeza dari segi warna, rasa dan nilai pemakanan. Jika sebelum ini Tajria pernah berkongsi mengenai perbezaan beras putih dan beras perang, kali ini kami ingin berkongsi 7 jenis beras yang popular di pasaran dan kebaikan pengambilannya dalam hidangan harian.

Beras Gandum Pendek

Jenis beras ini biasanya didapati dalam hidangan Korea dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam penyediaan sushi.

Biasanya jenis beras gandum pendek ini mempunyai tekstur yang melekit dan lebih kelihatan seakan pulut ketika dimasak. Nasi gandum pendek mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih tinggi dan kandungan karbohidrat yang lebih tinggi berbanding beras gandum dan biji-bijian panjang.

Beras Gandum Sederhana

Jika dibandingkan dengan beras gandum pendek, jenis beras gandum sederhana hadir dengan kelebihan dua kali ganda lebih tahan lama.

Beras gandum sederhana adalah jenis yang biasa digunakan dalam masakan Asia kerana menjadi lembut ketika dimasak. Jenis beras gandum sederhana termasuk Arborio dan Valencia, yang biasanya digunakan untuk membuat risotto dan beras Bomba yang digunakan dalam paella.

Beras Basmati Atau Beras Gandum Panjang

Sangat popular dalam kalangan masakan India dan Timur Tengah, basmati adalah variasi beras gandum panjang.

Ia juga memiliki GI yang lebih rendah berbandung beras gandum yang lebih pendek. Dikenal dengan kualiti aromatiknya, beras basmati sangat sesuai disediakan bersama lauk seperti kari dan sambal. 

Beras Wangi Melati

Beras panjang wangi ini mempunyai kandungan amilopektin, atau mengandungi bahan berkanji yang jauh lebih rendah berbanding beras bijirin pendek.

Oleh sebab itu, beras wangi ini menjadi pilihan yang popular untuk disajikan dalam kalangan masyarakat Asia. Beras wangi melati juga mempunyai GI yang sedikit lebih rendah daripada beras putih biasa.

Beras Putih

Beras putih yang diproses adalah beras yang paling biasa dan popular dalam kalangan masyarakat tempatan yang juga merupakan beras yang paling kerap digunakan dalam makanan Asia.

Sebahagian besar komponen gandum telah dikeluarkan semasa pemprosesan sekaligus menjadikan beras putih lebih rendah protein, serat dan nutrien dibandingkan dengan beras perang. Sebagai bijirin halus ini juga mempunyai GI yang agak tinggi.

Beras Perang

Beras perang hadir dengan rasa yang sedikit manis dan tekstur yang kenyal. Ia juga banyak digunakan dan dihidangkan bersama salad, kentang goreng dan sushi sebagai alternatif yang lebih sihat daripada nasi putih.

Beras ini mengandungi kandungan serat dan protein makanan, serta nutrien utama seperti zat besi, vitamin B dan magnesium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Beras Hitam

Terdapat beberapa variasi beras hitam termasuk beras hitam Indonesia dan beras hitam melati Thailand. Ia mempunyai warna hitam pekat yang sering berubah menjadi ungu ketika dimasak.

Jenis ini kadang-kadang disebut sebagai nasi terlarang kerana dahulunya beras ini hanya disajikan dan disediakan untuk golongan kenamaan dan royalti pada zaman China purba.

Beras jenis hitam ini padat nutrien ini kaya dengan zat besi dan vitamin E selain turut lebih berkhasiat jika anda menggunakan beras putih. Untuk pengetahuan anda juga, beras hitam mempunyai rasa kacang yang sempurna untuk salad malah puding dan pencuci mulut.

Beras Liar

Walaupun namanya beras liar namun, ia tidaklah tergolong dalam kumpulan beras. Hal ini kerana, ia ditanam menerusi benih rumput akuatik dan bukannya padi.

Beras liar pada awalnya ditanam dan dituai oleh Orang Asli Amerika, yang telah menggunakan bijirin sebagai makanan pokok selama beratus-ratus tahun. Beras liar ini juga mengandungi protein yang jauh lebih tinggi selain membawakan kalori yang 30 peratus lebih rendah daripada jenis beras lain.

Seperti yang anda lihat, terdapat pelbagai jenis beras yang boleh dibeli dan didapatkan di pasaran. Ia semuanya mengandungi kelebihan dan khasiat yang tersendiri.

Jika anda ingin mula bergerak ke arah gaya hidup lebih sihat, anda mungkin boleh mencuba beras seperti beras hitam, beras wangi dan juga beras basmati kerana ia mengandungi kandungan GI yang lebih rendah.

Komen