Pernahkah anda melihat di cermin selepas mencuci muka dan mendapati terdapatnya kehadiran benjolan kecil di tepi hidung anda? Selepas melihatnya, tangan anda terasa tidak keruan untuk memicit dan mengeluarkannya terus dari pori muka.
Jika ya, anda tidak keseorangan. Tidak kira sama mereka putih atau kuning, atau lebih gelap dan hampir hitam. Apa yang anda lihat sebenarnya adalah sejenis jerawat yang dipanggil whiteheads dan blackheads.
Whiteheads dan blackheads terdiri daripada bahan yang sama, yang biasanya merupakan gabungan sel kulit mati, minyak dan sebum. Walau bagaimanapun, bintik putih muncul di ruang liang tertutup, manakala bintik hitam pula kekal terbuka.
Whiteheads vs Blackheads – Apakah Perbezaan?
Apa itu whiteheads? Ia adalah sejenis jerawat yang terbentuk apabila sel kulit mati, minyak dan bakteria terperangkap dalam salah satu liang pori di wajab anda.
Whiteheads boleh menjadi satu isu yang menjengkelkan dan ia boleh berkembang dan menjadi lebih banyak dan teruk. Namun jangan risau, whiteheads ini boleh dicegah dengan gabungan perubahan gaya hidup dan rawatan perubatan.
Apa itu blackheads? Ia merupakan benjolan kecil pada kulit akibat daripada folikel rambut yang tersumbat. Mereka mempunyai permukaan gelap atau hitam dan secara amnya sangat kecil.
Blackheads adalah bentuk jerawat yang ringan dan biasanya terbentuk di muka, terutamanya di hidung dan dagu tetapi ia juga boleh muncul di belakang, dada, leher, lengan, dan bahu.
Cara Untuk Menghilangkan Whiteheads
Walaupun tangan anda sentiasa terasa ingin mencubit dan memicit kulit anda untuk menghilangkan bintik putih, ini bukanlah cara terbaik untuk melakukannya.
Mengeluarkan whiteheads tanpa alat dan teknik yang betul boleh menyebabkan lebih banyak bakteria masuk ke dalam liang-liang wajah anda. Terdapat beberapa cara anda boleh membantu untuk menghilangkan whiteheads seperti:
- Mulakan dengan pembersih pori-pori. Asid salisilik ialah cara lembut untuk mengelupas kulit anda dan membantu mengurangkan jumlah minyak pada permukaan muka anda.
- Jika anda mempunyai kulit berminyak atau banyak berpeluh pada siang hari, gunakan kain pembersih yang lembut untuk mengelap dan mencuci lebihan minyak. Pada waktu malam, pastikan anda menanggalkan semua solekan anda untuk mengelakkan bakteria berlebihan pada wajah anda.
- Akhir sekali, gunakan skrub pengelupasan lembut pada rutin mingguan anda boleh membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyumbat liang-liang anda.
- Pastikan anda tidak keterlaluan dengan pengelupasan. Pengelupasan yang berlebihan boleh merosakkan kulit anda dan menjadikan jerawat anda lebih teruk.
Cara Untuk Menghilangkan Blackheads
Pembuangan blackheads sedikit berbeza daripada penyingkiran whiteheads. Pembersihan dan pengelupasan boleh membantu dengan menyingkirkan kedua-dua jerawat ini tetapi berikut ialah beberapa petua tambahan untuk menangani blackheads:
- Jika blackheads anda disebabkan oleh kulit yang terlalu berminyak, tambahkan penggunaan topeng muka jenis arang atau tanah liat pada rutin penjagaan kulit anda. Melaluinya, ia membantu menyerap lebihan minyak yang boleh menyumbang kepada blackheads.
- Gunakan solekan yang dilabel sebagai tidak komedogenik atau tidak menyumbat liang roma untuk membantu mencegah blackheads sebelum ia terbentuk pada kulit anda.