Pernahkah anda mendapati keadaan rambut anda kelihatan kusam dan tidak licin beralun? Untuk pengetahuan anda, salah satu punya yang menyebabkan isu seperti ini adalah dari amalan penjagaan rambut yang tidak baik sekaligus menyebabkan rambut mengalami kerosakan.

Tahukah anda bahawa setiap individu seharusnya memotong dan membersihkan rambut dengan konsisten? Ya benar, menggunting atau memotong rambut bermakna lebih banyak masa yang boleh anda luangkan untuk perapian dan rutin penjagaan diri yang lain.

Malah, rambut yang pendek sebenarnya boleh mengurangkan risiko anda jatuh sakit, mengekalkan kesihatan rambut anda dan memastikan kewarasan mental anda secara menyeluruh.

Berikut adalah tiga sebab mengapa anda disarankan untuk memotong rambut dan mendapatkan dandanan yang bersesuaian untuk gaya anda.

Meningkatkan Kesihatan Rambut

Amalan memotong dan mengeluarkan rambut yang rosak dari akar kepala akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat – ia sekaligus turut menghentikan kesan hujung bercabang pada helaian rambut sedia ada.

Malah sekiranya anda memotong rambut, ia bukan sahaja memulihkan kembali kesihatan rambut untuk jangka panjang, tetapi turut menjadikan anda kurang memerlukan produk atau perapi yang mahal.

Menurut pakar, anda disyorkan untuk memotong rambut setiap dua hingga tiga bulan sekali untuk mengekalkan kesihatan rambut yang sempurna.

Rambut Panjang Menyebabkan Individu Lebih Kerap Sakit

Rambut yang panjang mungkin menyebabkan anda lebih kerap sakit berbanding rambut pendek. Ini kerana setiap helai rambut individu mengandungi kawasan permukaan yang jauh lebih besar daripada kawasan kulit bersaiz rambut.

Jadinya, kira-kira 30cm pertumbuhan rambut boleh menyamai sehingga lima kali lebih luas permukaan berbanding bahagian lain.

Seterusnya, lebih banyak kawasan permukaan rambut yang terdedah, akan lebih banyak tempat untuk virus, pencemaran dan bakteria menetap. Satu kajian mendapati bahawa 90 peratus bakteria yang menyebabkan keracunan makanan kekal di rambut sejam selepas pendedahan.

Sebarang sentuhan rambut boleh memindahkan patogen ke badan. Sesetengah bakteria dan bahan pencemar seperti asap rokok juga boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berbau terutamanya jika rambut panjang tidak dicuci dengan kerap.

Potongan Rambut Boleh Membantu Dengan Kesihatan Mental

Ramai juga yang mendapati bahawa rambut kita boleh mempunyai hubungan yang kuat dengan kesejahteraan emosi.

Menurut pakar, individu yang memotong rambut terutamanya apabila melalui perubahan kehidupan yang traumatik boleh memberikan rasa kawalan dan pelepasan emosi.

Dengan mengubah gaya rambut seseorang juga, ia boleh menjadi alat yang berkuasa dalam membantu mentakrifkan semula atau mengukuhkan identiti seseorang.

Jika anda perasan juga, selepas anda mendapatkan servis di salon, ia dilihat memberikan rangsangan mood oksitosin, sama seperti sesi urutan atau kiropraktik.