Lina Rosli Diterbitkan 3 May 2023

Adakah Pakaian Mempunyai Tarikh Luput?

Benarkah baju pun mempunyai tarikh luput? Jika ya, perlukah anda menukar sesuatu pakaian apabila sudah tidak boleh digunakan? Berapa lama pula tempoh masa atau jangka hayat pakaian sebelum ia tidak lagi boleh digunakan?

Ini pastinya beberapa persoalan yang sering hinggap di sejenak ruang minda anda apabila berfikir tentang pakaian. Untuk menjawab secara umum berapa lama tempoh masa sebelum anda perlu menukar seluruh wardrobe peribadi anda, jawapannya adalah bergantung kepada keadaan pakaian dan ketahanan fabrik sesuatu pakaian.

Kebanyakkan kain kapas atau cotton cenderung mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding jenis kain yang lain. Hal ini kerana, kain kapas lebih mudah berkedut dan hilang bentuknya lebih-lebih lagi di bahagian leher baju.

Oleh itu, Tajria ingin berkongsi kepada anda perkara-perkara yang anda perlu tahu  untuk mengetahui sama ada pakaian anda sudah tidak boleh digunakan lagi atau sebaliknya.

Sekiranya anda penggemar tegar stokin, tahukah anda bahawa anda perlu menukarnya di setiap enam bulan. Hal ini kerana, selepas melakukan pembasuhan dan pembersihan pakaian secara harian atau mingguan, ia akan mengurangkan ketahanan elastik dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, stokin juga tidak akan tahan lama selain mudah untuk mendapat lubang selepas memakainya hanya beberapa kali. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada material dan bahan dalam menghasilkan stokin tersebut.

Selain stokin, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mengetahui bilakah tempoh yang perlu anda menggantikan pakaian dalam anda.

Selain pakaian, kasut sukan juga perlu diganti selepas penggunaan yang agak lama. Anda perlu menukar kasut sukan atau running shoes setiap 400km penggunaan. Saya pasti, jika anda menjaganya dengan baik sudah tentu anda akan menyimpannya untuk satu tempoh masa yang lama.

Namun, perlu anda tahu bahawa kasut dengan tapak yang keras atau sudah haus harus digantikan dan tidak boleh digunakan lagi. Hal ini kerana, jika tapak kasut anda sudah nipis atau berlubang, ia akan menyebabkan ketidakselesaan sewaktu memakainya.

Selain itu juga, jangka hayat penggunaan kasut masih bergantung pada faktor lain termasuk berat badan penggunan dan ketahanan binaan sesebuah kasut itu juga. Jika anda memakai kasut dengan kekerapan yang maksima seperti memakai untuk pergi ke kerja, anda harus menggantikannya setiap tiga hingga empat bulan.

Bilakah Anda Perlu Menukar Pakaian Anda?

Cara lain untuk mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk menukar dan menghentikan penggunaan sesuatu pakaian dan kelengkapan fesyen adalah dengan mengenalpasti beberapa perkara seperti:

  1. Warna pakaian atau kelengkapan sudah pudar
  2. Masalah pada jahitan pakaian seperti jahitan sudah tertanggal atau terlerai
  3. Pakaian berlubang atau koyak yang mana ia tidak boleh diperbaiki
  4. Kotoran yang tidak dapat dihilangkan
  5. Fabrik menjadi nipis

Faktor di atas merangkumi beberapa alasan yang mungkin anda ingin pertimbangkan untuk menggantikan sesebuah pakaian atau barangan yang anda miliki.

Sekiranya anda merasa pakaian tersebut sudah lama dan mula mengeluarkan bau, maka anda boleh pertimbangkan untuk memilih sama ada masih boleh digunakan selepas diperbaiki, dan jika tidak, perlukah anda membuangnya apabila sudah lama.

Kesimpulannya, pakaian tidak mempunyai tarikh luput. Walhal anda masih lagi boleh menggunakannya jika ia masih lagi di dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat satu cara bagi mengelakkan timbunan pakaian dan barangan anda di dalam almari.