Pernahkah anda mengalami situasi di mana kesan peluh dan juga kotoran solekan melekat pada tudung? Jika ya, pasti anda mendapati bahawa kedua-dua kotoran ini susah untuk dibersihkan, bukan?
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda cara untuk membersihkan kesan peluh dan juga kotoran solekan pada tudung berdasarkan jenis-jenis kain.
#1 Satin Silk
Untuk mana-mana kain sutera termasuk sutera satin atau satin silk, ia perlu dibersihkan dengan teliti yang mana tidak boleh dibasuh sekali bersama-sama kain yang lain. Ia perlu dibersihkan menggunakan air sejuk dengan sabun pembersih yang tidak terlalu kuat.
Untuk menghilangkan kesan tompok pula, anda perlu merendamkannya selama 30 minit yang mana ia telah dibasuh dengan sabun menggunakan tangan.
#2 Satin/Matte Satin
Jika terdapat kesan kotoran pada kain jenis kain satin atau matte satin silk, anda boleh meletakkan 1-2 cawan cuka putih ke dalam air basuhan. Hal ini kerana, jika anda melakukan kesilapan sewaktu membersihkan satin, ia boleh menyebabkan kain kelihatan pudar dan tidak berkilat.
#3 Chiffon
Sementara untuk kain Chiffon pula, anda boleh merendam tudung anda ke dalam 1 cawan cuka dicampur dengan 2 cawan air selama 30 minit.
Setelah selesai, anda boleh menyediakan campuran untuk kebersihan yang maksima iaitu mencampurkan setengah cawan baking soda, 1 sudu garam dan 1 sudu peroksida. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada kesan kotoran yang terdapat di tudung anda.

#4 Jersi
Berbeza dengan jenis tudung yang lain, kain jersi perlu dibasuh menggunakan air suam sahaja. Jika terdapat kesan solekan atau kesan minyak pada tudung, anda perlu menggunakan stain remover atau sabun pembersih dengan tahap konsentrasi yang ringan untuk menghilangkannya. Kemudian, biarkannya untuk beberapa minit iaitu sekitar 15-20 minit.
Bagi memastikan kondisi tudung anda berada dalam keadaan yang baik, anda tidak digalakkan untuk membasuhnya menggunakan mesin basuh.
Jika tidak, anda boleh menggunakan laundry bag atau bekas kain dobi untuk mengasingkan tudung-tudung tersebut daripada pakaian yang lain. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda menguruskan kesan kotoran pada tudung anda. Selamat mencuba!