Parasit Di Dalam Sayuran Dan Buah-Buahan – Amalkan Tabiat Cuci Dahulu Sebelum Makan

August 14, 2023
Kesihatan

Lina Rosli

Tidak dinafikan penggunaan racun serangga ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyebabkan kemudaratan dari sudut kesihatan ke atas individu. Ini kerana, bahan kimia yang terkandung di dalam racun boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk:

  • keracunan makanan
  • sistem saraf tubuh terganggu
  • mengaktifkan kanser kuman dalam badan

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi petani yang masih menggunakan racun serangga ini pada tanaman mereka. Hal ini kerana kehadiran racun ini, ia sedikit sebanyak berfungsi dalam melindungi tanaman mereka daripada semua jenis parasit.

Mengapa Parasit Di Dalam Sayuran Dan Buah-Buahan Berbahaya?

Secara umumnya, memakan atau mengonsum makanan yang tidak dimasak atau kotor adalah penyumbang utama kepada penyakit berkaitan parasit. Ini kerana, sayuran yang tidak dibasuh dan terus dimakan membolehkan parasit memasuki badan dengan mudah dan seterusnya membiak dan menyebabkan penyakit.

Berdasarkan kajian oleh Universiti IPB di Indonesia, para penyelidik mendapati bahawa pencemaran parasit yang paling banyak ditemui di dalam sayuran seperti sawi. Kebiasaannya, sawi akan di tanam di tanah dan mempunyai potensi tinggi untuk terdedah kepada bakteria dan parasit.

Ditambah lagi dengan sistem pengairan yang tidak bersih, ia boleh menyebabkan sayuran yang ditanam tercemar. Selain sawi, terdapat beberapa jenis sayur-sayuran lagi yang berpotensi tinggi untuk dicemar oleh parasit seperti:

  • sayur kolard
  • bayam air
  • salad
  • kangkung

Untuk pengetahuan anda, parasit yang kerap ditemui di sayur termasuklah protozoa bebas seperti Tetrahymena spp., Prorodon spp., dan Colpoda spp. serta anasir lain termasuk cacing, ektoparasit, dan Rotifers.

Dan pencemaran parasit buah-buahan dan sayur-sayuran didominasi oleh Tetrahymena spp. (35.71%), Prorodon spp. (21.43%), cacing (21.43%), Rotifers (11.90%), Colpoda spp. (4.76%), dan ektoparasit (4.76%).

Kesemua parasit yang ditemui tidak bersifat patogen, tetapi kajian telah membuktikan bahawa protozoa dan Rotifer boleh menjadi penyebab penyakit bawaan makanan, seperti:

  • Escherichia coli
  • Salmonella enterica
  • Cryptosporidium parvum

Sehingga kini, tidak banyak cara yang berkesan untuk menghapuskan sepenuhnya racun perosak dalam sayur-sayuran ini. Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengurangkan risiko serangan penyakit parasit dengan cara menjadikan amalan membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai rutin.

Hindari Pencemaran Parasit Di Dalam Sayuran Dan Buah-Buahan – Cuci Dan Bersihkan Dahulu Sebelum Makan

Berikut adalah kaedah cucian yang biasa digunakan:

  1. Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan di bawah air yang mengalir. Kaedah ini boleh mengurangkan 20 hingga 70 peratus sisa racun perosak yang melekat, bergantung kepada jenis racun perosak yang digunakan. Jangan lupa untuk membersihkan lipatan sayur-sayuran dan buah-buahan secara terperinci. Sebagai contoh, semasa mencuci bunga kobis, bersihkan juga ketulan bunga kobis.
  2. Gunakan sabun khas untuk makanan. Pada masa ini, terdapat banyak sabun makanan istimewa di pasaran. Sabun ini bertujuan untuk membersihkan lapisan parafin atau minyak yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Lapisan yang kelihatan agak berkilat digunakan supaya sayur tidak mudah sejat ataupun berkedut. Selepas mencuci dengan sabun, sayur-sayuran dan buah-buahan mesti dibasuh semula di bawah air yang mengalir untuk membersihkan sabun yang melekat.
  3. Kupas kulit buah atau membuang lapisan luar sayuran bagi mengelakkan anda dari termakan dan terdedah kepada racun perosak. Lapisan luar sayur-sayuran dan buah-buahan biasanya mengandungi paling banyak racun perosak. Jadi sebaiknya kupas atau buang sebelum memakannya.
This image has an empty alt attribute; its file name is leonie-wise-NLU117HCVuc-unsplash.jpg

Harus diingatkan mencuci dengan merendam adalah tidak digalakkan. Hal ini kerana, ia boleh membuatkan toksin terlarut melekat kembali pada sayur dan juga buah-buahan.

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh berunding dengan pakar pemakanan mengenai perkara ini. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada cucian ini boleh menjejaskan kandungan nutrisi terutamanya vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, terdapat beberapa solusi lain untuk tanaman yang lebih selamat seperti ayur-sayuran dan buah-buahan organik yang dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan tanaman biasa, harga sayur dan buah organik adalah lebih mahal.

Akan tetapi pembelian ini boleh dipertimbangkan sekiranya ia ingin dihidangkan kepada anak kecil atau individu yang mempunyai keadaan tubuh yang sensitif.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd