Carian
Zaman Sebelum Pengetip Kuku – Bagamaina Masyarakat Terdahulu Memotong Kuku?
February 14, 2024 Lina Rosli

Sebelum wujudnya pengetip kuku, masyarakat pada zaman dahulu mungkin mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan kebersihan kuku. Persoalannya, bagaimana manusia zaman dahulu mengurusnya tanpa menggunakan alat moden? Apakah yang dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu sebelum wujudnya pengetip kuku?

Bukan itu sahaja, pemeliharaan kuku antara lelaki dan wanita juga berbeza. 

Sebelum kita melangkah ke masa yang lalu, terdapat pelbagai saiz dan rekaan pengetip kuku yang hadir di pasaran pada masa ini. Ia semua bergantung kepada kesesuaian jenis kuku dan bentuknya.

Pengetip kuku moden ini diperbuat daripada alat keluli tahan karat yang kecil yang mana dua tuas logam bergabung pada titik tumpu untuk membuat satu set “rahang” untuk tujuan memotong. 

Bagaimana Pengetip Kuku Mula Diperkenalkan?

Tidak jelas siapakah yang mula mencipta alat pengetip kuku moden tetapi rekaan pengetip kuku dilihat telah dipatenkan pada sekitar tahun 1875.

Menurut Pejabat Paten & Tanda Dagangan Amerika Syarikat, lelaki yang telah memfailkan paten dinamakan Valentine Fogerty. Ia hadir dengan reka bentuk peranti seakan fail kuku bulat dan bukan klip keratin. Manakala, reka bentuk moden pengetip kuku difailkan oleh Eugene Heim dan Oelestin Matz yang telah diberi hak paten untuk alat pengetip kuku gaya pengepit pada tahun 1881.

Berdasarkan sumber sejarah sebelum ini, tidak mempunyai banyak sokongan untuk bilakah pengetip kuku ini dicipta.

Cara Penjagaan Kuku Masyarakat Zaman Dahulu

Manusia dahulu sangat sinonim dengan perkakas dan peralatan daripada batu. Alat batu adalah alatan yang standard untuk memotong termasuk kuku dan rambut. 

Untuk pengetahuan anda, kuku jari terhasil daripada keratin dan protein yang juga terdapat di kulit dan rambut. Walaupun keratin tahan lasak dan tahan lama, namun ia masih rapuh dan mudah menggelupas.

Jadi, apabila dilihat kembali dengan gaya hidup masyarakat zaman dahulu, mereka mungkin dengan aktiviti harian yang kasar seperti menggali umbi dari tanah, mengasah tombak dan menyalakan api. Dengan semua kerja manual ini, ia dipercayai bahawa kuku secara semula jadi akan usang dan terkelupas.

Sumber: Science ABC

Komen