Apa itu insomnia? Untuk pengetahuan anda, insomnia adalah suatu keadaan yang mana seseorang individu merasakan bahawa mereka tidak mendapat tidur yang cukup atau kekurangan tidur dan berasa rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Antara ciri-ciri insomnia termasuklah:
- berasa sukar untuk tidur
- bangun tidur atau terjaga dengan kerap
- tidak mendapat tidur yang nyenyak

Dan jika hal ini berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti seharian dan kualiti hidup seseorang. Masalah insomnia ini juga boleh berlaku disebabkan oleh dua keadaan berbeza.
Keadaan pertama, insomnia didorong oleh kerelaan sendiri dan hanya membuatkan seseorang itu mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.
Manakala keadaan insomnia kedua pula ialah gangguan tidur yang mengakibatkan seseorang itu tidak cukup tidur dalam satu hari.

Ramai individu gagal untuk menyedari betapa parahnya insomnia sehingga sudah terlambat, dan kini masyarakat seharusnya tahu bahawa insomnia boleh berlaku pada fasa-fasa berbeza dalam kitaran tidur dan mengakibatkan kesulitan pada siang hari seperti lesu, mengantuk di waktu siang, perubahan emosi, dan simptom-simptom yang lain.