Carian
5 Barang Elektrik Yang Paling Menggunakan Tenaga – Bagaimana Anda Boleh Berjimat?
June 25, 2024 Lina Rosli

Tidak dinafikan kemunculan dan pengenalan barangan elektrik ini dilihat telah banyak memberi kemudahan kepada setiap individu.

Cuba bayangkan jika tiada peti sejuk di rumah, bagaimana anda boleh menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lebih lama?

Bagaimana jika tiada periuk nasi, tidakkah memasak nasi di atas dapur gas akan mengambil masa yang lebih lama?

Bayangkan pula rumah anda tanpa televisyen dan pemain muzik, bukankah rumah anda akan menjadi bosan dan sunyi?

Tetapi, pernahkah anda terfikir berapa banyak tenaga dan elektrik yang digunakan untuk menghidupkan kesemua peralatan ini?

Sebelum itu, Tajria ingin berkongsi senarai perkakas dan barang elektrik di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik.

Untuk pengetahuan anda, televisyen, mesin basuh dan peti sejuk merupakan antara barangan yang menyumbang kepada 50% bil elektrik.

Peti sejuk

Tidak lain tidak bukan, peti sejuk adalah barangan elektrik yang paling banyak konsum tenaga yang mana menggunakan hingga 30.6% elektrik di kediaman anda.

Selain itu, peti sejuk yang lama pada amnya menggunakan lebih banyak elektrik daripada model yang lebih baru. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. penampilan motor eletrik yang usang telah menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak.

Untuk mengelakkan penggunaan berlebihan, pastikan anda tidak membiarkan pintu peti sejuk terbuka, kerana ini sangat meningkatkan jumlah pekerjaan yang harus dilakukan oleh motor. Elakkan juga menempatkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk kerana usaha yang diperlukan untuk menyejukkan makanan membuat ia menggunakan lebih banyak mengambil tenaga. 

Anda juga dinasihatkan untuk mencari atau membeli peti sejuk yang cekap tenaga jika anda kerap menggunakannya.

Ketuhar

Bagi anda yang kerap memasak atau membuat kek, sudah tentu ketuhar adalah barangan elektrik yang paling kerap anda gunakan. Tahukah anda, perkakas ini menggunakan 8.3% dari jumlah penggunaan peralatan elektrik anda? Bukan itu sahaja, kerap membuka pintu ketuhar juga akan membuatkan perkakas berkenaan kehilangan sekitar 20% tenaga terkumpul.

Mesin basuh

Seterusnya, mesin basuh juga adalah barangan elektrik yang memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Penggunaan tenaga elektrik utama ialah sistem pemanasan yang memanaskan air iaitu sebanyak 70% dan 30% yang lain adalah dari motor elektrik, pam, injap kawalan dan paparan digital. 

Oleh itu, anda disarankan untuk menetapkan program cucian yang pendek dan menetapkan suhu ke cucian sejuk dan hanya menggunakan sistem cucian menggunakan air panas hanya bila berkeperluan .

Komputer

Menurut kajian IDAE, komputer menyumbang 7.7% daripada bil peralatan elektrik anda. Hal ini kerana peranti ini hadir dengan beberapa aksesori yang memerlukan penggunaan cahaya, audio, sistem penyejukan dan banyak lagi. Oleh itu, ia adalah salah satu barangan ekeltrik di rumah yang menggunakan banyak tenaga.

Televisyen

Sekitar 12% penggunaan tenaga elektrik berpunca daripada televisyen. Sebilangan televisyen mempunyai jumlah tenaga sekitar 80 hingga 400 watt, bergantung pada saiz ukuran dan teknologi. 

Jenis televisyen yang paling menggunakan banyak tenaga adalah televisyen dengan skrin Plasma. Sementara, televisyen dengan teknologi LED menggunakan 25% lebih sedikit tenaga daripada televisyen LCD.

Kaedah paling penting untuk menjimatkan tenaga elektrik adalah dengan tidak membiarkannya dalam keadaan mod siap sedia (standby mode). Anda harus selalu mematikan televisyen sepenuhnya kerana dalam keadaan standby boleh menggunakan tenaga yang sama dengan komputer dalam penggunaan penuh.

Bagaimana Anda Boleh Menganggar Jumlah Penggunaan Tenaga Elektrik?

Bagi anda yang ingin mengurangkan kos dan bil elektrik, anda boleh melakukan penjimatan penggunaan tenaga dan melakukan anggaran penggunaan elektrik seharian anda. Anda boleh mulakan dengan mengira jam penggunaan secara kasar untuk setiap barangan.

Contohnya, jika anda tahu anda biasanya menonton televisyen selama 4 jam setiap hari, anda boleh menggunakan nombor tersebut. Sekiranya anda mengetahui bahawa anda menggunakan kipas rumah anda 4 jam setiap malam sebelum mematikannya, anda boleh menggunakan nombor tersebut untuk membuat pengiraan.

Dengan penelitian ini, anda boleh mencari atau mengira perkakas mana yang perlu anda kurang gunakan dan berapa tempoh maksimum penggunaan barang tersebut setiap hari.

Semoga tips ini bermanfaat dan membantu anda berjimat dengan lebih baik. Jika anda mempunyai tips dan teknik yang lain, mungkin anda boleh kongsikan bersama pembaca Tajria yang lain di ruang artikel yang baru.

Komen