Carian
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Babyccino – Adakah Minuman Ini Tergolong Dalam Kategori Kopi?
September 3, 2024 Lina Rosli

Pernahkan anda melihat di dalam nama ‘babyccino’ di dalam senarai minuman yang ditawarkan di dalam menu kedai kopi? Jika ya, tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan babyccino?

Untuk pengetahuan anda, babyccino merupakan gabungan nama ‘baby’ dan ‘ccino’. Ia adalah sejenis minuman yang mengambil inspirasi daripada cappuccino yang mana ia menampilkan air susu dengan buih (foam) namun tidak mengandungi kopi.

Pengenalan minuman babyccino ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang mana ibu bapa boleh melakukan pesanan untuk anak mereka sekiranya berkunjung ke kedai kopi.

Di dalam secawan babyccino biasanya mengandungi:

  • Susu yang dipanaskan
  • Buih susu
  • Serbuk coklat
  • Marshmallow

Adakah Babyccino Tergolong Di Dalam Kategori Kopi?

Jawapannya, tidak. Ini kerana babyccino tidak mengandungi bahan kafein atau dicampurkan sekali bersama kopi di dalamnya. Jadinya, minuman ini tidak tergolong di dalam kategori kopi.

Untuk pengetahuan anda, babyccino ini pertama kali diperkenalkan di dalam menu seawal tahun 2000-an yang mana ia hadir di dalam pasaran minuman Australia. Dan nama babyccino ini dipersetujui oleh kebanyakan pakar kopi dan mula ditambah di dalam Kamus Kebangsaan Australia secara rasmi pada tahun 2016.

Di Malaysia, hanya terdapat segelintir kedai kopi sahaja yang menawarkan minuman babyccino kepada pelanggan. Ada juga kedai yang tidak menyenaraikannya di dalam menu, tetapi babyccino ini masih boleh dipesan di luar menu – dan kadangkala ia ditawarkan secara percuma.

Komen