Carian
TheNoor Coffee Buka Cawangan Pertama Di Petron Pedas, Negeri Sembilan
January 2, 2024 Lina Rosli

Pada 1 Januari 2024, jenama gaya hidup muslim moden, TheNoor kini memperluaskan portfolio mereka menerusi pelancaran kedai kopi baharu yang dikenali sebagai TheNoor Coffee – kedai kopi muslim.

Menawarkan konsep seakan kedai kopi grab-n-go, TheNoor Coffee telah memilih lokasi yang terletak di Negeri Sembilan iaitu di Petron Pedas sebagai cawangan pertama mereka.

Berdasarkan perkongsian di sosial media oleh tim jualan dan pemasaran TheNoor Coffee, jenama ini akan berkolaborasi dengan aplikasi TheNoor bagi memberi kemudahan akses kepada penggemar kopi sebelum merancang untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara.

Bukan itu sahaja, mereka turut merancang untuk membuka sehingga 500 cawangan TheNoor Coffee dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.

Komen