Carian
SEIKO 5 Sports x Thong Sia Menampilkan Dua Pilihan Warna Iaitu Ice Blue Dan Passion Red
January 2, 2024 Lina Rosli

Seiko 5 Sports Edisi Terhad Eksklusif Thong Sia kini ditawarkan kepada 2,000 pembeli terawal yang mana hanya tersedia Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Singapura.

Menurut Thong Sia, penawaran jam tangan eksklusif ini hanya menampilkan 1,000 unit setiap satu model iaitu SSK029K1 Ice Blue dan SSK031K1 Passion Red. Memfokuskan kepada rekaan yang minimalis, jam tangan ini mengetengahkan setiap perincian reka bentuk dengan teliti.

Ice Blue dan Passion Red kebanyakannya mengekalkan unsur-unsur yang sedia hadir pada jam tangan Seiko 5 Sports – ini termasuk penggunakan binaan jam yang diperbuat daripada keluli tahan karat, Lumibrite pada tangan dan penunjuk jam, minit dan saat untuk bacaan yang lebih jelas, yang seterusnya dilindungi oleh kaca Hardlex.

Passion Red, seperti namanya, menampilkan dail merah yang memukau mata, dipadankan dengan tona merah terang pada bahagian bawah bezel berputarnya. Begitu juga, Ice Blue dibezakan dengan warna biru pada bahagian bawah bezel berputarnya manakala dailnya menampilkan warna biru yang lebih lembut dan berkilauan.

Selain daripada rekaan yang minimal, antara ciri lain yang menarik termasuklah binaan kalis air 10 bar, fungsi pengembara, paparan tarikh dan pergerakan jam automatik 4R34.

Bagi anda yang berminat, Seiko 5 Sports edisi terhad eksklusif Thong Sia ini akan tersedia terhad kepada 1,000 unit Ice Blue dan 1,000 unit Passion Red mulai Januari 2024 di Butik Seiko dan rakan kongsi runcit terpilih di seluruh dunia.

Untuk butiran produk, anda boleh hubungi pengedar tunggal SEIKO, Thong Sia Sdn Bhd di talian 03-2141 5163 atau layari www.seikoboutique.com.my atau www.thongsia.com.my.

Komen