Secara umumnya, setiap tubuh manusia akan menghasilkan sekitar 2 juta sel darah merah dalam setiap satu saat – sel darah ini berkembang daripada sel stem dalam sumsum tulang.
Mengapa sel darah boleh berkembang di dalam sel stem? Ini kerana sel stem merupakan sejenis sel yang boleh mencipta sel lain – dan proses ini boleh berlaku secara berterusan selagi seseorang individu itu masih hidup.
Tahukah anda bahawa darah terdiri daripada bahagian yang berbeza?
Sebagai contoh, setiap individu akan memerlukan sel darah merah yang akan membawa oksigen dan karbon dioksida di dalam badan. Manakala, sel darah putih pula merupakan bahagian darah yang membantu mempertahankan tubuh daripada sakit penyakit dan juga jangkitan.
Selain daripada dua bahagian utama darah ini, terdapat beberapa bahagian lain iaitu:
- Platelet membantu menghentikan pendarahan.
- Plasma membawa sel darah, platelet, dan komponen lain dan menyokong sistem imun.

Menurut pakar, badan mengambil masa sekitar 24 jam untuk menggantikan plasma yang hilang, sementara 4 hingga 6 minggu pula untuk menggantikan sel darah merah.
Mengenai sel darah merah lagi, tahukah anda sel darah merah ini sebenarnya mendapat warnanya daripada hemoglobin, yang mengandungi zat besi.
Jika anda perasan, kebanyakan pakar akan mencadangkan kepada individu yang mengalami kehilangan darah akibat pendermaan atau sebab lain mungkin mendapat manfaat memekatkan warna darah dengan cara meminum banyak air dan mengambil makanan yang diperkaya dengan zat besi seperti hati daging lembu.
Berapa Banyak Isipadu Darah Yang Ada Dalam Tubuh Individu?
Untuk penegetahuan anda, secara purata, terdapat kira-kira 10.5 liter darah terkandung di dalam badan dewasa manusia – akan tetapi ini boleh berbeza-beza berdasarkan faktor seperti umur dan saiz tubuh seseorang. Ini bersamaan kira-kira 7-8% daripada berat badan orang dewasa.
Dalam perkongsian pakar, darah menyumbang:
- kira-kira 7-8% daripada berat badan orang dewasa
- kira-kira 8-9% daripada berat badan kanak-kanak
- kira-kira 9-10% daripada berat badan bayi
Harus diingatkan juga, sewaktu mengandung, seorang wanita mungkin mempunyai sehingga 50% lebih darah daripada waktu biasa.