Secara umumnya, demensia merupakan keadaan kesihatan yang sering dialami oleh individu lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan berumur.
Apa itu demensia? Demensia merupakan penyakit yang menyebabkan penurunan kebolehan kognitif akibat perubahan penuaan di dalam otak. Fungsi kognitif ini termasuk proses mental persepsi, kesedaran, pembelajaran, dan ingatan, yang membolehkan seseorang individu memperoleh maklumat tentang persekitaran dan memutuskan cara bertindak.
Sama seperti manusia, kucing juga turut mempunyai kecenderungan mengalami demensia atau lebih tepat dipanggil sindrom disfungsi kognitif, atau CDS dalam kucing.

Apakah demensia dalam kalangan kucing?
Demensia kucing dipanggil Sindrom Disfungsi Kognitif dalam istilah veterinar. Lazim berlaku dalam kalangan kucing yang lebih tua, penyakit kognitid ini berkaitan secara langsung dengan penuaan otak.
Apabila perkara ini berlaku dalam kalangan kucing, ia sekaligus menyebabkan kucing anda mengalami perubahan dari sudut tabiat biasa dan juga penurunan responsif terhadap rangsangan.
Untuk mengetahui sama ada kucing anda mengalami demensia, berikut adalah beberapa gejala dan juga simptom yang boleh anda perhatikan pada kucing:
- Kekeliruan
- Kebimbangan
- Kegelisahan atau perubahan pola tidur
- Perubahan personaliti yang mana kucing menjadi sensitif, mudah marah atau lebih manja dari sebelumnya
- Perubahan selera makan sama ada makan lebih atau kurang ataupun waktu makan yang berbeza dari sebelumnya
- Mengelak dari interaksi sosial
- Kemerosotan tingkah laku yang dipelajari seperti tidak menggunakan kotak najis sebetulnya atau lupa di mana mangkuk makanan
- Perubahan dalam tahap aktiviti
- Peningkatan vokalisasi seperti tona suara yang lebih kuat
- Kurang atau kurang dandanan diri

Apa yang menyebabkan kucing mengalami demensia?
Sindrom disfungsi kognitif kucing disebabkan oleh perubahan neuropatologi dalam otak yang berlaku akibat penuaan. Ia juga dipercayai melibatkan kesan daripada genetik, pemakanan dan persekitaran yang terlibat.
Buat masa ini, tiada cara yang spesifik untuk mencegah demensia daripada berkembang dalam kalangan kucing. Namun, anda boleh mengambil langkah untuk memastikan mereka dirangsang secara mental sepanjang hayat mereka.
Selain itu anda, boleh mencipta persekitaran yang memperkayakan kucing bermula pada usia awal. Dan pastikan tabiat berjumpa doktor haiwan secara kerap dipraktikkan untuk mendapatkan pemeriksaan berkala.