Tahukah anda faktor yang menyebabkan bulu mata anda kerap gugur? Untuk pengetahuan anda, faktor bulu mata gugur adalah disebabkan ia adalah sebahagian daripada kitaran pertumbuhan semula jadinya, yang terdiri daripada tiga fasa iaitu:
- Anagen (pertumbuhan) – Ini adalah tempoh pertumbuhan untuk setiap bulu mata. Fasa ini biasanya berlangsung sekitar dua minggu. Jika bulu mata anda gugur pada masa ini, ia tidak akan tumbuh semula serta-merta.
- Catagen (peralihan)
- Telogen (rehat) – Ini adalah fasa yang paling lama bertahan, yang berlangsung kira-kira empat hingga sembilan bulan. Ia dianggap sebagai tempoh rehat sebelum bulu mata anda gugur dan bulu mata baru tumbuh di tempatnya.
Selain itu, bulu mata juga boleh gugur disebabkan faktor seperti tekanan, ketidakseimbangan hormon, penuaan, keadaan perubatan, dan pengendalian kasar atau penggunaan solek mata yang berlebihan.
Harus diingatkan juga, sekiranya anda melakukan sambungan bulu mata, ia boleh memberi tekanan tambahan pada bulu mata asli anda dan mungkin tidak digalakkan jika anda mengalami kehilangan atau penipisan bulu mata yang ketara.
Adakah bulu mata akan tumbuh semula?
Bulu mata biasanya bertahan selama kira-kira 100 hingga 150 hari sebelum gugur secara semula jadi. Setiap bulu mata ini akan mengikut kitaran pertumbuhannya sendiri, memastikan kehadiran berterusan bulu mata pada kelopak mata.
Usah risau, bagi setiap bulu mata yang gugur, ia akan tumbuh semula selepas gugur. Ia biasanya mengambil masa sekitar 6 hingga 8 minggu untuk bulu mata baru tumbuh sepenuhnya, walaupun ini boleh berbeza-beza bergantung pada faktor individu seperti genetik dan kesihatan keseluruhan.
Untuk pengetahuan anda, bulu mata biasanya tumbuh pada kadar sekitar 0.12 hingga 0.14 mm sehari. Walau bagaimanapun, kadar ini boleh berbeza bagi setiap orang disebabkan faktor seperti genetik, umur, tahap hormon dan kesihatan keseluruhan.
Apakah faktor yang mempengaruhi berapa lama bulu mata anda akan tumbuh semula?
Beberapa faktor boleh menjejaskan pertumbuhan bulu mata dan kesihatan keseluruhan bulu mata anda. Ini termasuk:
- Kerosakan pada folikel rambut – Sekiranya anda suka menggosok mata terlalu kerap, ia berkemungkina akan menyebabkan kerosakkan pada bulu mata. Selain itu, penggunaan pelentik bulu mata yang tidak betul, atau memakai sambungan bulu mata untuk tempoh yang lama akan menjejaskan tempoh tumbuh untuk bulu mata.
- Keadaan perubatan – Keadaan perubatan tertentu, seperti alopecia atau gangguan tiroid, boleh menyebabkan bulu mata gugur pada kadar yang tidak normal.
- Pemakanan yang buruk – Diet yang kekurangan nutrien penting boleh melemahkan bulu mata anda dan menyebabkan bulu mata gugur dengan lebih kerap.
Bagaimana anda perlu menjaga bulu mata anda?
Untuk memastikan bulu mata anda sihat dan menggalakkan mereka tumbuh semula dengan lebih cepat, pertimbangkan petua berikut:
- Elakkan menggosok secara berlebihan – Bersihkan bulu mata secara lembut semasa menanggalkan solek, dan elakkan menggosok mata anda terlalu kuat.
- Gunakan penanggal solek lembut – Elakkan bahan kimia keras yang boleh merosakkan bulu mata anda dan menghalang pertumbuhannya.
- Makan makanan seimbang – Pastikan anda mengambil jumlah vitamin dan mineral yang mencukupi yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.