Carian
Perbezaan Antara Sos Dan Pes Untuk Masakan
January 8, 2024 Lina Rosli

Adakah sos dan pes berbeza? Jika berbeza, apakah faktor utama yang menyebabkannya berbeza antara satu dengan yang lain?

Untuk pengetahuan anda, walaupun secara umumnya kedua-dua ini menawarkan fungsi yang sama iaitu untuk menambah rasa ke dalam makanan, namun hakikatnya ia tidak sama.

Sebagi contoh, sos tomato dan pes tomato, kedua-duanya menawarkan rasa dan kegunaan yang berbeza. Pes tomato mempunyai tekstur yang lebih likat dan pekat jika dibandingkan dengan sos tomato. Pes juga menampilkan produk akhir yang lebih tulen yang hanya mengandungi bahan seperti tomato, sedikit air dan dikisar sebati.

Namun, berbeza dengan pes, sos kebiasaannya sudahpun diproses dan ditambah dengan pengawet untuk lebih tahan lama. Selain itu, sos hadir dengan konsistensi yang lebih nipis yang mana ia selalunya digunakan sebagai bahan sampingan dalam hidangan lain.

Apa yang dimaksudkan dengan sos?

Sos kebiasaannya dikaitkan dengam campuran cecair atau separuh cecair yang ditambah kepada makanan semasa ia masak atau yang dihidangkan bersamanya.

Untuk pengetahuan anda, sos memberikan rasa, kelembapan dan kontras dalam tekstur dan warna makanan.

Puri buah kadangkala turut dipanggil sos. Sos epal, kranberi dan sos lingonberi, dan sos rhubarb berfungsi sebagai perasa untuk masakan. Sos buah selalunya dibuat dengan mencampurkan buah atau jus buah dengan gula, rempah, dan bahan pengawet. Sos buah yang dimasak dipekatkan dengan tepung jagung atau serbuk untuk kemasan yang halus.

Apa itu pes dan apakah kegunaan pes?

Banyak jenis pes makanan masih dibuat secara tradisional. Ini kerana teknik penghasilan pes secara tradisional boleh menghasilkan perisa dan rasa yang berbeza daripada kaedah penyediaan lain.

Sebagai contoh, jika anda tumbuk bawang putih, ia mengeluarkan lebih banyak minyak patinya daripada mencincang selain turut menghasilkan rasa bawang putih yang lebih pedas. Manakala untuk penggunaan peralatan moden, seperti yang kita biasa lihat, hasil kisar tersebut menghasilkan pes dalam bentuk cecair tetapi sedikit likat.

Bukan itu sahaja, apabila membuat pes, ia biasanya akan diakhiri dengan proses dengan menumis bawang merah dan bawang putih di dalam minyak, kemudian dimasak sehingga hilang bau cili atau tomato bagi mencipta asas yang berperisa untuk sambal atau pes.

Seterusnya, anda boleh menambah tomato hancur atau tulen dan perasakan dengan rempah seperti garam, lada sulah, dan mungkin sedikit basil atau oregano.

Komen