Carian
Ini Pakaian Seragam Baharu Untuk Kru Barisan Hadapan Malaysia Aviation Group (MAG)
January 11, 2024 Lina Rosli

Malaysia Aviation Group (MAG) hadir dengan pakaian seragam darat baharu untuk barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS).

Pengenalan pakaian seragam ini dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di majlis pelancaran yang diadakan di Terminal 1 KLIA.

Pakaian seragam baharu ini menggabungkan gaya dan praktikal dengan fokus pada kepelbagaian. Ini sekaligus memenuhi peranan ADS dalam melayani pelbagai perkhidmatan penerbangan untuk semua syarikat penerbangan di bawah MAG seperti Malaysia Airlines sahaja, tetapi juga syarikat penerbangan asing yang terbang ke lapangan terbang domestik di Malaysia.

Koleksi seragam merangkumi sut tiga helai yang disesuaikan, dengan pilihan skirt atau seluar untuk wanita dan seluar panjang untuk lelaki. Selain itu, setiap helai pakaian ini menggunakan fabrik bernafas dan mudah dijaga – selari dengan keperluan kru untuk tampil fleksibel.

Warna yang dipilih untuk pakaian seragam ADS adalah warna biru laut klasik, dengan blazer yang menampilkan reka bentuk ‘songket’. Dengan ini, ia sekaligus menggabungkan secara harmoni warisan budaya negara yang kaya dengan bakat kontemporari pakaian seragam itu.

Sebagai tambahan kepada pakaian seragam baharu, MAG juga memperkenalkan beg tangan dan klac yang digunakan semula daripada pakaian seragam kebaya sebelum ini. Langkah penting ini bukan sahaja menggariskan komitmen Kumpulan dalam menerapkan amalan mampan dalam operasinya, tetapi juga melambangkan perayaan kepada perjalanan sejarah organisasi.

Acara pelancaran itu diadakan dengan kerjasama HABIB Jewels dan TudungPeople, menekankan komitmen MAG untuk menyokong dan memperkasakan bakat dan jenama tempatan.

Komen