Carian
Kolaborasi Jotun Dan Christy Ng Menampilkan Gabungan Warna Cat Dan Fesyen – Hadir Dengan Beg Tote Edisi Terhad
January 12, 2024 Lina Rosli

Menyambut ketibaan tahun baharu dengan sebuah kolaborasi yang mengujakan, Jotun berganding bahu dengan jenama tempatan, Christy Ng untuk membawakan beg tote yang serba unik, memberi makna baharu kepada semangat ekspresi kendiri melalui warna.

Terkenal sebagai jenama cat, Jotun dengan usaha sama yang unik ini menonjolkan kewibawaan dan pengaruhnya dalam aspek warna, yang merentasi dunia dekor interior hinggalah ke dunia fesyen.

Diilhamkan oleh pigmen-pigmen warna Jotun yang indah, beg tote edisi terhad ini menggandingkan tiga warna yang menawan: Jotun Biru yang nyaman, Jotun Merah yang berjiwa, serta Jotun Kuning yang memukau.

Tampil dengan motif signature Jotun, turut menghiasi rekaan beg tote dengan warna-warnanya yang ikonik sekaligus menambah tarikan pada beg yang istimewa ini.

Jotun X Christy Ng Canvas Tote

Beg tote edisi terhad ini boleh ditebus secara atas-talian apabila pengguna membelanjakan minimum RM500 ke atas produk-produk cat premium keluaran Jotun yang terdiri daripada cat interior Majestic dan cat eksterior Jotashield.

Salah satu cat interior premium keluaran Jotun ialah Majestic Sense, yang berkeupayaan untuk menyegarkan kualiti udara, membekalkan suasana yang sihat dan menyenangkan untuk didiami. Produk ini memadankan cat 2024 Global Colour Collections (GCC 2024) yang baru sahaja dilancarkan pada November lalu.

Cat koleksi GCC 2024 terdiri daripada 23 warna untuk menyelami sifat kreatif yang terkandung di dalam diri, menterjemahkan idea dan emosi kita kepada satu bentuk penzahiran visual. 

Satu lagi produk utama yang pengguna boleh dapatkan ialah Jotashield Ultra Clean yang mempunyai kebolehan untuk membersihkan dinding bersama hujan. Ia juga menampilkan Teknologi anti-kotoran yang memberikan imej pada dinding eksterior kelihatan baru dicat setiap hari.

Beg tote edisi terhad ini menjadi bukti kepada pengintegrasian antara fesyen dan seni interior, menawarkan pengguna peluang untuk memberi nafas baharu kepada ruang peribadi dan gaya mereka menerusi satu pakej.  

Penebusan beg tote ini boleh dibuat mulai hari ini sehingga 28 Februari 2024, sementara stok masih ada. Pilihan untuk memperibadikan beg tersebut dengan nama turut disediakan untuk menjadikannya lebih unik atau sebagai hadiah buat insan tersayang. Para pengguna juga boleh menyaksikan beg tote ini dipamerkan di outlet-outlet Christy Ng di Malaysia. 

Maklumat lanjut mengenai kolaborasi eksklusif antara Jotun dan Christy Ng serta beg tote edisi terhad ini boleh didapati di https://www.jotun.com/my-en/decorative/promotion.

Komen