Think Quran merupakan sebuah platform bacaan Al-Quran secara digital – memfokuskan kepada pemahaman dan penghayatan yang mendalam untuk setiap bait-bait ayat suci Al-Quran.
Menyasarkan untuk penggunaan pada bulan Ramadan ini, Think Quran sudahpun boleh mula diakses oleh orang ramai menerusi laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, platform bacaan Al-Quran digital ini dilancarkan dengan kerjasama bersama Karya Bestari yang merupakan antara pengeluar Al-Quran fizikal terbesar di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Karya Bestari sebelum ini telah sedia memperkenalkan lebih 10 segmentasi untuk Al-Quran yang mana salah satunya sama ada menawarkan Al-Quran yang dilengkapi tajwid berwarna, ataupun Al-Quran dengan tafsir ringkas ayat pilihan, dan juga Al-Quran dengan terjemahan perkata Bahasa Inggeris.
Sehingga ke hari ini, Karya Bestari telah berjaya menjual lebih 7 juta naskhah Al-Quran di seluruh Malaysia.
Dan untuk kolaborasi dua entiti ini, Think Quran dan juga Karya Bestari hadir dengan penawaran bacaan Al-Quran secara digital yang dilengkapi dengan modul yang ringkas dan padat yang diperlukan orang ramai untuk memahami dan menghayati Al-Quran dengan lebih mendalam.
Ditawarkan dengan rekaan yang interaktif, Think Quran boleh digunakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Hanya luangkan masa 15 minit sehari, pengguna boleh mengukur prestasi secara kendiri menerusi platform Thing Quran.
Selain itu, untuk Think Quran juga hadir dengan ciri yang memfokuskan kepada pemahaman maksud perkataan bahasa Arab yang dibaca pada mana-mana surah. Dengan ini, ia memperkasakan vokabulari pengguna dengan lebih berkesan.
Bersempena pelancaran Think Quran, harga langganan yang ditawarkan kepada umum adalah RM399 untuk akses seumur hidup. Bukan itu sahaja, Think Quran dan Karya Bestari turut memberikan satu set percuma Al-Quran Amazing dengan setiap langganan yang didaftarkan – sementara stok masih ada.