Carian
Kerjasama Syarikat Air Cactus & Tourism Perak Malaysia Sempena Kempen Melawat Perak 2024 – Terokai 11 Destinasi Menarik Di Perak
January 12, 2024 • Lina Rosli

Chuan Sin Sdn Bhd, pengeluar terkemuka air botol Cactus mengumumkan kerjasama mereka bersama Tourism Perak Management Berhad. Kerjasama ini bertujuan untuk bersama-sama mempromosikan amalan dan inisiatif pelancongan mampan untuk kempen ‘Visit Perak Year 2024’ oleh Tourism Perak Malaysia.

Untuk kempen ini, kira-kira 7 juta karton air Kaktus 500ml dan 1500ml eksklusif dengan label yang menonjolkan 11 destinasi pelancongan di Perak akan diedarkan ke seluruh negara untuk menggiatkan semula industri pelancongan Perak.

11 destinasi pelancongan di Perak yang boleh anda lawati termasuklah:

  • Kelly Castle
  • Gua Tempurung
  • Stesen Kereta Api Ipoh
  • Istana Kuala Kangsar
  • Menara Chon Dong Teluk Intan
  • Pulau Giam
  • Taman Negeri Royal Belum
  • Zoo Taiping
  • Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
  • River Explorer White Water Rafting di Gopeng
  • Spritzer EcoPark

Menurut YB Loh Sze Yee, kerjasama strategik ini akan mempromosikan destinasi pelancongan Perak dengan berkesan.

Inisiatif kempen ini dilancarkan sempena Tahun Melawat Perak 2024, oleh kerajaan negeri Perak untuk merancakkan pelancongan di wilayah itu dan bertujuan menarik pelancong domestik dan antarabangsa untuk merasai keindahan dan kekayaan budaya yang pelbagai di seluruh Perak.

Komen