Cara Tukar Ganti Rempah Makanan Yang Diperlukan Di Dalam Resipi Kepada Bahan Yang Lain

January 23, 2024
fakta menarik

Lina Rosli

Secara umumnya, makanan yang kita nikmati setiap hari ini sebenarnya tidak akan wujud jika ia hanya hadir dengan bahan utama sahaja – sebagai contoh daging, ikan atau ayam.

Ini kerana, yang menjadikan sesuatu makanan itu lazat dan sedap adalah bergantung kepada bahan penambah rasa yang digunakan di dalam setiap resipi.

Untuk pengetahuan anda, setiap masakan sangat dipengaruhi oleh rempah ratus atau herba yang digunakan di dalamnya. Cuba bayangkan jika makanan yang anda sediakan tidak mempunyai sebarang rempah ratus, apakah rasa yang akan anda nikmati?

Atau jika kita bincangkan dengan lebih mendalam lagi, bayangkan hidangan Asia tanpa halia atau resipi Mexico yang tidak mengandungi jintan putih, manakala makanan India tanpa rempah. Sudah tentu, hasil akhirnya tidak akan menjadi seperti apa yang kita bayangkan.

Namun, Bolehkan Anda Menukar Satu-Satu Rempah Dalam Makanan Kepada Bahan Yang Lain?

Pernahkah anda mengalami keadaan yang mana mungkin di rumah anda tidak mempunyai rempah yang diperlukan dalam resipi? Jika ya, tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa cara yang membolehkan anda memilih ganti rempah yang betul?

Caranya, anda perlu mengenalpasti ciri unik dan profil rasa untuk satu-satu rempah. Berikut adalah senarai rempah ratus dan senarai bahan pengganti yang boleh anda gunakan:

  • Allspice – Anda boleh menggantikannya dengan menambah rempah kayu manis, cassia, secubit pala dan secubit bunga cengkih ke dalam masakan.
  • Rempah Cajun – Anda boleh menggantikan rasa caju dengan bahan gabungan lada putih, lada hitam, serbuk bawang putih, paprika, cayenne, dan serbuk bawang.
  • Buah pelaga – Pengganti halia
  • Serbuk cili – Anda boleh menukarkan sedikit sos lada pedas dan ditambah gabungan oregano dan jintan manis.
  • Kayu manis – Anda boleh gantikannya dengan pala atau lada sulah (gunakan hanya 1/4 jumlah resipi lada sulah)
  • Cengkih – Boleh ditukar dengan gabungan lada sulah, kayu manis, atau pala
  • Ketumbar – Anda boleh menggunakan biji jintan yang dikisar atau jintan manis
  • Jintan manis – Anda boleh gantikannya dengan serbuk cili
  • Safron – Gantikan sedikit serbuk kunyit atau serbuk annatto untuk warna
  • Pala – Tukarkannya dengan kayu manis, halia, atau cokmar
  • Kiub ayam – Tambahkan sedikit thyme dan lada hitam
  • Halia – Gantikannya dengan lada sulah, kayu manis atau pala
  • Daun bawang – Anda boleh menggunakan bawang yang dicincang halus
  • Mustard – Gantikan dengan serbuk wasabi (menggunakan hanya 1/4 hingga 1/2 sebanyak yang diperlukan oleh resipi kerana ia lebih panas), serbuk lobak pedas
  • Vanila – Tukarkan kepada sirap maple atau separuh jumlah ekstrak badam

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd