Carian
Bunga Peony Dan Pokok Philodendron Adalah Pilihan Bunga Dan Tumbuhan Untuk Tahun 2024
January 12, 2024 Lina Rosli

Melambangkan cinta dan keberanian, 1-800-Flowers telah menamakan bunga peony yang anggun dan pokok philodendron yang berani sebagai Bunga dan Tumbuhan Terbaik bagi tahun 2024.

Bagi anda yang tidak begitu mengenali bunga Peony, ia adalah bunga yang bergelombang. Bunga Peony mempunyai kelopak yang besar dan beralundan selain turut hadir dengan pilihan warna yang terang – seperti warna merah jambu pucat hingga merah terang.

Sejak akhir-akhir ini, peony semakin mendapat tempat dalam kalangan pereka dalaman rumah dan juga penggubah bunga di dalam pasaran. Ini kerana bunga peony dikatakan membawa maksud yang romantis dan sangat sesuai untuk dihadiahkan sewaktu sambutan ulang tahun perkahwinan ataupun majlis-majlis lain yang bersesuaian.

Sementara pokok philodendron pula adalah salah satu tumbuhan dalaman yang paling dicari dalam kalangan individu. Untuk pengetahuan anda, tumhuhan phildendron ini sebenarnya tidak memerlukan penjagaan yang kompleks jika dibandingkan dengan pokok rumah yang lain.

Malah, philodendron juga hadir dengan bentuk dedaunan tropika yang unik. Pokok ini terdapat dalam dua jenis, Philodendron Birkin Plant menampilkan jalur-jalur putih dan Philodendron Pink Princess – yang secara semula jadinya menampilkan bentuk daun berbentuk hati dalam warna merah jambu bubblegum.

Komen